Khamis, 17 Januari 2013

Nu’ayman Ibnu ‘Amr, sahabat yang sentiasa mengelikan hati Rasulullah S.A.W.



Nu’ayman Ibnu ‘Amr merupakan salah seorang sahabat baginda yang sering turut serta dalam peperangan-peperangan besar bersama Rasulullah seperti Perang Badar, Uhud, dan Khandak. Dalam kalangan sahabat, personaliti Nu’ayman sangat berbeza dengan para sahabat yang lain, beliau amat gemar berjenaka dan ‘mengusik’ para sahabat yang lain, malahan baginda s.a.w. sendiri turut ‘dikenakannya’. Walaupun kadangkala gurauannya agak keterlaluan, tetapi kerana baginda sudah mengenali keperibadian Nu’ayman, baginda tidak sedikit pun memarahinya, malahan turut ketawa dengan usikan Nu’ayman.


Bukan hadiah percuma
Pada suatu ketika datang satu kabilah dari luar Madinah yang membawa buah-buahan eksotik dan mahal ke Madinah. Nu’ayman pun mendapatkan buahan tersebut dan berjanji akan membayarnya kemudian. Beliau pun terus membawa buahan tersebut kepada Baginda sebagai hadiah, dan baginda dengan gembiranya terus menikmati buah-buahan itu. Kemudiannya, datanglah penjual buahan tersebut untuk menuntut hutang daripada Nu’ayman. Berkatalah Nu’ayman kepada penjual itu, “Aku tidak memakannya, Rasulullah yang memakannya, jadi mintalah bayaran daripadanya.”

Penjual tersebut terus bertemu dengan baginda untuk mendapatkan bayarannya. Baginda s.a.w. terkejut dan berkata, “Ia diberikan kepadaku sebagai hadiah.” Lalu Baginda memanggil Nu’ayman dan bertanya, “ Ya Nu’ayman, bukankah kamu katakan buahan itu adalah hadiah daripada mu ?.”

Nu’ayman pun menjelaskan kepada baginda bahawa beliau mahu baginda menjadi orang pertama yang memakan buah-buahan tersebut dan merasakan baginda paling layak untuk merasainya, tetapi dia tidak mempunyai sebarang wang untuk membelinya. Nu’ayman berkata lagi, “jadi ya Rasulullah !, bayarlah kepada orang itu.” Mendengar kata-kata Nu’ayman, baginda terus tertawa, dan baginda pun membayarnya.

Isnin, 7 Januari 2013

Adakah Nabi minum kopi ?.



Masyarakat kita cukup sinonim dengan kopi. Ada yang mengatakan kopi adalah minuman sunnah, namun tidak dinafikan dari sudut kesihatan kopi mempunyai kelebihan. Tetapi, adakah kopi ialah minuman sunnah seperti yang diperkatakan sesetengah orang. Setakat saya tahu, tiada satu hadis sahih pun yang menunjukkan Rasulullah pernah meminum kopi. Walau bagaimanapun, terdapat banyak jenama produk minuman atau makanan mengunakan label ''minuman sunnah'' yang boleh didapati dalam pasaran

Namun, agak pelik jika dikatakan sesetengah orang bahawa Rasulullah pernah meminum kopi kerana mengikut sejarah kopi hanya mula ditemui pada abad ke-9, iaitu 200 tahun selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Saya di sini bukan nak mengutuk tapi berdosa hukumnya berbohong atas nama Rasulullah. Seperti hadis nabi yang bermaksud :

"Barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaknya ia mengambil (bersiap) tempatnya di neraka” (Shahih Bukhari)

Sejatikah persahabatan mu ?.



Ada dua orang lelaki yang kedua-duanya bersahabat baik. Seorang bernama Awang, manakala seorang lagi bernama Goneng. Pada suatu hari, semasa mereka berjalan-jalan, salah seorang daripada mereka telah menjumpai sebuah beg yang berisi penuh dengan wang.

“Wah...banyaknya duit di dalam beg ini !, nasib aku memang baik, kata Awang.”

“jangan kata ‘saya’, tapi katalah ‘kita’. Kita kan sahabat, susah dan senang kita tanggung bersama,” jawab Goneng pula.

Namun Awang tidak bersetuju dengan pendapat sahabatnya tadi.

Adakah anjing dan babi najis ?.


Berdasarkan pandangan 4 imam mazhab


Menurut imam syafie, anjing dan babi itu adalah najis dan perlu dibasuh bekas yang dijilatinya iatu sebanyak tujuh kali..dalam perkara kenajisan anjing dan babi Imam Ahmad bin Hambal turut sependapat dengan Imam Syafie.


Imam Ahmad cuma berbeza dari segi jumlah basuhan iatu 3 kali basuh adapun Imam Syafie mensyaratkan tujuh kali basuhan.,


Menurut Imam Abu Hanifah pula,anjing dan babi tetap najis tetapi dalam membasuhnya cukup dibasuh seperti membasuh najis biasa (sehingga bersih dan tidak mensyaratkan 7 kali basuhan iatu cukup dengan sekali basuhan jika dengan sekali basuhan telah bersih najis tersebut.


Menurut Imam Malik pula, anjing dan babi itu suci iatu kedua duanya tidak najis jilatannya, tetapi membasuhnya hanyalah suatu sunat.

Selasa, 6 November 2012

Imam Abu Hanifah dan Pinggan.



Suatu hari.....

Ketika Imam Abu Hanifah sedang mengajar feqah kepada para pelajarnya, datanglah seorang lelaki yang juga anak muridnya..lelaki tersebut kelihatan terburu buru untuk menanyakan sesuatu yang bermain di fikirannya..lalu dia pun bertanya kepada imam abu hanifah
untuk menyelesaikan kekeliruannya..

anak murid : saya mahu bertanya sesuatu yang sedang bermain difikiranku..bolehkah..?

Imam abu hanifah: silakan..

anak murid: bukankah iblis dijadikan daripada api.?

Imam abu hanifah: ya...benar sekali..

anak murid: jikalau begitu,bagaimana iblis di azab di neraka..?..bukankah api bertemu dengan api langsung tidak memberikan kesan..? (secara logikya betul kata lelaki tu..bagaimana api dengan api boleh dipisahkan,)?

Selasa, 16 Oktober 2012

Teori 'Big Bang' - Antara kebenaran al-Quran dan Sains




Teori ‘big bang’ yang diperkenalkan Albert Enstein melalui formulanya ‘General Thery of Relativity’ pada tahun 1915 telah diterima umum sebagai teori asal kejadian alam. Teori ini menyatakan bahawa alam ini pada asalnya adalah bercantum, kemudiannya berlakulah satu letupan yang kuat(cosmic explosion) 10-20 bilion tahun dahulu yang dinamakan big bang. 

Bermula dari situlah berlaku pengembangan dan penyejukan yang melahirkan bintang-bintang, galaksi, dan seumpamanya. Teori ‘big bang’ ini terus diperkukuh dan disokong melalui kajian para pengkaji Barat selepas itu.

Ahad, 14 Oktober 2012

Sungai Nil dan Khalifah Umar Al-Khattab


Sungai Nil dan Khalifah Umar Al-Khattab

Pernah terjadi ketika zaman sahabat  nabi iatu Amru bin Al-As menjadi gabenor  di negara Mesir (dilantik oleh Sayidina Umar Al-Khattab r.a), ketika  zaman Amru bin al-as menjadi gabenor,telah timbul satu peristiwa ganjil iaitu berlakunya musim kemarau yang panjang menyebabkan penduduk mesir bimbang  air sungai Nil akan kering.Hal ini menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk Mesir kerana sungai Nil adalah sumber bekalan air  terpenting  untuk seluruh negara mesir.

Telah  menjadi tradisi  dan kepercayaan orang-orang Mesir ketika itu ,setiap kali musim kemarau yang panjang, mereka akan mengadakan upacara korban  untuk ‘penunggu sungai Nil’ yang dipercayai selalu menjaga kepentingan mereka di sungai Nil. Kononnya mereka percaya dengan cara itu akan sungai nil tidak akan kering walaupun kemarau berpanjangan . Mereka juga percaya bahawa upacara korban dengan menggunakan gadis sunti  yang paling terbaik  yang dipilih sendiri  daripada kalangan mereka itu amat  diperlukan  supaya 'penunggu sungai nil'  tidak murka kepada mereka. .

Sabtu, 13 Oktober 2012

Baik dan buruknya budaya kita di mata dunia.





Suatu ketika, admin berborak dengan seorang perempuan, warga Indonesia. Namanya Bunga, seorang lulusan Ijazah Universiti tempatan di Malaysia. Dalam perbualan tersebut, banyak perkara yang dibincangkan terutamanya tentang budaya di Malaysia dan Indonesia. Dalam perbualan tersebut ada perkara yang patut kita ambil cakna, terutamanya apabila ianya melibatkan agama dan budaya. Admin ringkaskankan perbualan tersebut di bawah :

Bunga : aku lihat lelaki muda Melayu banyak yang berjanggut. Apa itu budaya lelaki Melayu di Malaysia ? sebab di Indonesia, kebanyakan lelaki muda tidak berjanggut kecuali yang dah berkahwin.

Admin : Yeke ??, di Indonesia Cuma yang dah berkahwin je ke berjanggut ?. Jap ye, saya nak ke tandas jap, cukur janggut saya.hehehe (admin ada janggut sejemput).

Khamis, 11 Oktober 2012

Luoping, China




Luoping adalah sebuah daerah kecil di selatan Yunnan,China..apabila tibanya musim bunga,sejenis bunga yang terhasil daripada Canola(sejenis Bijirin yang digunakan untuk menghasilkan minyak) akan berkembang dan memberikan suatu permandangan seperti ''lautan emas'' yang dikelilingi oleh pulau-pulau..

Rabu, 3 Oktober 2012

Perbezaan Antara Mazhab Sunni Dengan Mazhab Syiah Imamiyah


PERBEZAAN ANTARA MAZHAB SUNNI DENGAN MAZHAB SYI’AH IMAMIYAH  : Dr Yusof al- Qaradhawi : Fatawa Muasiirah(Fatwa-Fatwa Masa Kini).

Pertanyaan:

Yang berhormat, Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi -hafizahullah-
Saya ingin mengajukan sebuah pertanyaan kepada anda, semoga diharapkan anda menjawabnya dengan jelas supaya dapat melegakan dada dan menghilangkan keraguan. Kami di Mesir tidak mengenali mazhab yang lain kecuali mazhab Ahlu Sunnah wal Jamaah yang terdiri daripada empat mazhab yang masyur dan dipimpin oleh para imam yang diakui kesarjanaan mereka. Di antaranya ialah Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’ie dan Imam Ahmad. Penduduk Mesir menganut tiga mazhab yang utama. Mazhab Malik di daerah Sha’id dan sebahagian kota yang ada di pinggir laut Merah, dan mazhab Syafi’ie dianuti oleh sebahagian besar penduduk pinggiran laut Merah, manakala mazhab Hanafi hanya dianuti oleh beberapa orang tertentu saja yang diwarisi dari zaman kekhalifahan Utsmaniyah.

Kami tidak mengenali ajaran Syi’ah sedikit pun. Hal ini kerana, kami tidak pernah ada pendedahan mengenai ajaran itu. Setahu saya, di Mesir tidak pernah didapati ada orang Syi’ah walaupun hanya seorang. Yang kami tahu bahawa mereka itu hanya orang-orang yang berlebihan alam mencintai dan fanatik terhadap Ahlul Bait. Sedangkan kami warga Mesir sebagaimana yang engkau ketahui cinta juga terhadap Ahlul Bait. Sebab kami memiliki beberapa tempat Ahlul Bait yang biasa dikunjungi dan ada beberapa perayaan yang sering dirayakan. Misalnya terhadap Al-Husain dan Zainab di Kairo, Ahmad Al-Badawi di Tanta dan lain-lain. Belum pernah sama sekali ada para ulama dari kalangan Ahlu Sunnah yang memuji Syi’ah ataupun mencelanya. Oleh kerana itu, seluruh rakyat Mesir bersikap keliru terhadap Syi’ah ini, baik dari sisi akidahnya mahu pun pemikirannya. Sehinggalah kami ditakutkan di akhir-akhir tahun ini bahawa sebahagian warga Mesir sudah ada yang meninggalkan mazhab Sunninya dan kemudian mereka beralih menjadi pengikut mazhab Syi’ah. Sebagian mereka ada yang giat menulis di kitab-kitab, ada juga yang menyebarkan artikel, ada juga yang menulis buku yang berkenaan pandangan-pandangan serong terhadap Ahlu Sunnah wal Jamaah yang matlamatnya untuk  mengajak masuk ke dalam mazhab Syi’ah. 

Sukarnya menjadi pemimpin yang adil



Amru al-Ash adalah merupakan sahabat Rasulullah yang sangat cekap dalam menjalankan kerja-kerja pentadbiran, dan pada tahun 640 Masihi beliau telah dilantik sebagai gabenor Mesir oleh Amirul Mukminin, Umar al-Khattab.

Amru al-Ash mempunyai seorang anak lelaki yang sangat suka menunggang kuda sehinggakan puteranya kerap menyertai pelbagai perlumbaan kuda, dan puteranya selalu menjadi pemenang dalam setiap pertandingan.

Maka terjadilah pada suatu perlumbaan kuda yang akan disertai puteranya yang turut disertai oleh joki kuda dari Mesir. Berkatalah anak Amru al-Ash terhadap joki Mesir itu, “Wahai saudara, kamu tidak mampu menang kerana saya sudah memenangi pelbagai perlumbaan kuda.” Dengan rendah diri joki itu menjawab, “Perlumbaan masih belum bermula, janganlah terlalu yakin dengan kemenanganmu yang dahulu.” Jawapan joki itu membuatkan putera Amru al-Ash marah, namun beliau cuba bersabar sehinggalah perlumbaan itu tiba.

Ahad, 9 September 2012

Cannibal Holocaust - Antara Karya dan Kontroversi



Cannibal Holocaust adalah merupakan sebuah filem seram dari Itali yang telah diharamkan sehingga ke hari ini, iaitu melebihi lima puluh buah negara di dunia. Selepas filem ini dikeluarkan, Pengarah filem tersebut iaitu Ruggero Deodata telah ditangkap dan dikenakan tuduhan membunuh selepas desas-desus mengatakan Cannibal Holocaust adalah sebuah filem pembunuhan secara realiti tanpa lakonan.

Walau bagaimanapun, beliau kemudiannya dibebaskan daripada semua tuduhan tersebut. Untuk pengetahuan anda, filem ini telah difilemkan dalam hutan hujan Amazon dan melibatkan suku-suku asli yang sebenar (tanpa menggunakan pelakon bantuan).

Plot filem ini menceritakan tentang kisah perjalanan mencari krew filem dokumentari yang telah hilang selama dua bulan di penempatan suku pribumi di hutan Amazon untuk menghasilkan sebuah filem. Hasil daripada pembikinan ini telah mengakibatkan tujuh ekor binatang telah dibunuh. Salah satu contohnya termasuk satu babak di mana seekor monyet tupai telah dipancung, dan suku-suku asli terus melahap otak monyet tersebut.

Cannibal Holocaust ini juga turut melibatkan adegan-adegan pembunuhan yang amat jelas (realiti) seperti beberapa watak yang sedang disula sehingga filem ini dianggap sebagai salah sebuah filem yang paling memualkan dan menjengkelkan dalam sejarah dunia perfileman.

Ahad, 22 Julai 2012

Selamat datang ke Pulau Sentinel (Sentinel Island)

Selamat datang ke Pulau Sentinel (Sentinel Island)
Pulau Sentinel Utara adalah merupakan salah sebuah pulau Andaman yang terletak dalam teluk Bengali yang mempunyai keluasan sehingga 72 km². Suku asli tempatan pulau ini tidak pernah menerima kehadiran orang luar malah banyak kes dilaporkan terjadinya serangan terhadap orang luar dengan menggunakan lembing dan alat memanah untuk menyerang sebarang anasir luar yang cuba memasuki perairannya, termasuklah kru-kru National Geographic sendiri yang pernah diserang oleh suku asli tersebut semasa sedang melakukan kajian terhadap suku kaum tersebut. Secara rasminya, pulau ini ditadbir kerajaan India sebagai sebahagian  daripada Andaman dan Nicobar Islands Union Territory (sejak 1947).




Isnin, 23 April 2012

Teh Hijau : sumber kehidupan



Bila OB sebutkan perkataan 'teh', pasti anda akan terbayangkan serbuk teh yang berwarna coklat kemerahan-merahan yang berbau harum. Apabila dicampurkan dengan air panas, maka terbitlah aroma yang membangkitkan ghairah anda untuk meminumnya. Dengan kepahitan rasanya, ditambah pula dengan sedikit gula, pasti anda terus tergoda untuk meminumnya, ibarat godaan seorang wanita seksi yang melirikkan senyumannya kepada anda. “ Kenapa tiba-tiba OB kaitkan teh dengan godaan-godaan ni ?. isshh… gelilah, tapi betul ke teh boleh menggoda ?. Kalau betul, saya nak guna teh sebagai ganti minyak pengasihlah lepas ni !!.hihi…”. Sudah tentu boleh !!. Sebenarnya teh boleh diibaratkan sebagai “unsur pengasih”, tetapi hanyalah digunakan untuk menggoda mereka yang kurang nafsu makan, kerana teh mampu meningkatkan nafsu makan.

Jadi, anda bolehlah menggunakan teh untuk menggoda kambing atau kucing anda yang kurang selera makan tu. Berbalik kepada topik yang sebetulnya, tahukah anda, teh merupakan minuman utama di dunia, dan teh mempunyai banyak khasiat yang tidak terduga oleh kita. Oleh itu, bagi merungkaikan keajaiban teh ini, OB akan memberikan anda maklumat-maklumat tentang teh daripada sejarahnya sehinggalah kepada fakta-fakta dan kajiannya. Cuma yang OB minta, anda akan “tergoda” untuk membacanya dari mula hingga akhir.

Khamis, 29 Mac 2012

Serbuk pundi babi menumbuhkan jari yang terputus.



Babi sememangnya mempunyai banyak kegunaan, boleh diibaratkan dari hujung rambut sehinggalah hujung kaki babi-babi tersebut. Tetapi sering menjadi persoalan, mengapa Islam mengharamkan babi padahal babi banyak kegunaannya ?, lebih-lebih lagi dalam penghasilan makanan (OB akan menghasilkan artikel pengharaman babi ni pada masa akan datang, tak cukup masa da…). Yang penting sekarang, tahukah anda bahawa pundi kencing babi dapat digunakan untuk menumbuhkan kembali anggota badan anda yang hilang, contohnya seperti jari.

Penemuan itu terbukti apabila pada tahun 2005, seorang pemilik kedai kapal terbang permainan yang terputus jarinya semasa beliau sedang membaiki alat permainan tersebut. Namun, hasratnya untuk menyambung kembali jarinya (jari manis sebelah tangan kanan) yang putus tersebut menemui jalan buntu kerana jarinya yang terputus itu tidak ditemui. Dengan berat hati beliau menerima saranan doktor untuk hanya membalut jarinya yang terputus itu menggunakan kulit sahaja. 

Ahad, 25 Mac 2012

Taliban : Antara Fakta Sejarah dan Pembohongan


Taliban : Antara fakta sejarah dan pembohongan

Ramai menganggap bahawa Taliban ialah sebuah organisasi Islam yang bersifat radikal dan berfikiran jumud (sempit). Tapi, tahukah anda Taliban sebenarnya tidaklah seradikal seperti yang digambarkan oleh pihak barat yang semata-mata bertujuan untuk memberikan kefahaman sempit mengenai Islam dan dengan itu mereka berjaya mengambarkan Taliban sebagai kumpulan radikal Islam yang berkefahaman sempit dan radikal. Mereka ini menggunakan alasan tersebut hanyalah semata-mata untuk menyerang Afghanistan. Tidak dinafikan kumpulan Taliban berfahaman agak radikal namun tidaklah seradikal seperti yang digambarkan oleh Amerika dan sekutu-sekutunya. Daripada kajian yang OB lakukan, ternyata terdapat banyak fakta tersembunyi mengenai Taliban yang kita sendiri tidak tahu sebenarnya.

Keajaiban biji barli



Adakah anda suka minum air barli ?. Jadi, bayangkan saat ini anda berada di tempat yang cuacanya amat panas, dan anda diberikan segelas air barli ais untuk menghilangkan dahaga anda. Bayangkan rasa barli yang sedap tersebut membasahi tekak anda yang kegersangan tuh. Perghhh… nikmatnya umpama anda tengah makan aiskrim di puncak Himalaya, tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata puitis sekalipun. Itulah perumpamaan terbaik untuk menggambarkan nikmatnya air barli di saat anda tengah dahaga, dan tahukah anda, selain dijadikan sumber makanan, biji barli juga digunakan sebagai barang perhiasan seperti rantai tasbih dan rantai leher. Anda nak tahu dengan lebih lanjut lagi ?. Jadi, sila baca sampai habis...

Ahad, 18 Mac 2012

Rahsia lawan arah jam



Anda rasa tidak bersemangat hari ini ?. rasa hidup tidak tenteram ??. jadi, imbas kembali apa yang telah berlaku pada pagi tadi. Adakah anda membuat sendiri minuman anda waktu pagi tadi ? atau pun isteri atau mak anda yang buatkan ?. Cuba anda perhatikan bagaimana isteri atau ibu anda membancuh minuman tersebut. Adakah mereka mengacau secara berarah mengikut arah jam atau secara berlawanan dengan arah jam ?. “Habis tu, ada kena mengena ke cara bancuhan air dengan masalah yang saya hadapi, OB ?. Saya sembelit pagi tadi, susah hati betul sekarang.” Yang tu memanglah takde kena mengena dengan cara bancuhan minuman ni. Keadaan yang OB maksudkan adalah berkaitan dengan dalaman anda, seperti semangat anda contohnya.

Isnin, 12 Mac 2012

Misteri Extremophile !!.



Beritahu OB apakah binatang yang boleh hidup dalam takat didih air yang tinggi atau di bawah takat beku. kambing ?, jengking ?, kura-kura, atau siput sedut ??. Salah, semuanya salah kerana tiada seekor binatang pun di dunia ni yang boleh hidup dalam keadaan begitu, kecuali makhluk ini  iaitu EXTREMOPHILE. Apa itu Extremophile ?? seekor binatang berkaki empat kah ?. bukan…bukan… Extremophile bukan seekor binatang, tapi adalah sejenis organisma iaitu bakteria. Kalau anda nak tengok bakteria ni kenalah pakai mikroskop sebab Extremophile ni kecik dan halus, tapi ternyata tidak secomel Otak Beku.hihi. 

Kalau anda nak tahu, Extremophile ni terdapat dalam pelbagai jenis. Tak payahlah OB nak beritahu jenis-jenisnya, sebab banyak jenisnya, lagipun bukan korang tahu pun, apa lagi OB yang memang “sentiasa tak tahu” ni. Walaupun Extremophile ni boleh hidup dengan aman dan damai dalam suhu yang melampau panas dan sejuk, namun yang menariknya masyarakat extremophile ni tidak boleh beranak pinak (berkembang) jika mereka hidup dalam suhu normal seperti suhu kita sekarang !!. Jadi, ada kelemahan juga extremophile ni ya ?.