Anda rasa tidak bersemangat hari ini ?. rasa hidup tidak tenteram ??. jadi, imbas kembali apa yang telah berlaku pada pagi tadi. Adakah anda membuat sendiri minuman anda waktu pagi tadi ? atau pun isteri atau mak anda yang buatkan ?. Cuba anda perhatikan bagaimana isteri atau ibu anda membancuh minuman tersebut. Adakah mereka mengacau secara berarah mengikut arah jam atau secara berlawanan dengan arah jam ?. “Habis tu, ada kena mengena ke cara bancuhan air dengan masalah yang saya hadapi, OB ?. Saya sembelit pagi tadi, susah hati betul sekarang.” Yang tu memanglah takde kena mengena dengan cara bancuhan minuman ni. Keadaan yang OB maksudkan adalah berkaitan dengan dalaman anda, seperti semangat anda contohnya.
Ahad, 18 Mac 2012
Rahsia lawan arah jam

Isnin, 12 Mac 2012
Misteri Extremophile !!.
Beritahu OB apakah binatang
yang boleh hidup dalam takat didih air yang tinggi atau di bawah takat beku.
kambing ?, jengking ?, kura-kura, atau siput sedut ??. Salah, semuanya salah
kerana tiada seekor binatang pun di dunia ni yang boleh hidup dalam keadaan
begitu, kecuali makhluk ini iaitu
EXTREMOPHILE. Apa itu Extremophile ?? seekor binatang berkaki empat kah ?.
bukan…bukan… Extremophile bukan seekor binatang, tapi adalah sejenis organisma
iaitu bakteria. Kalau anda nak tengok bakteria ni kenalah pakai mikroskop sebab
Extremophile ni kecik dan halus, tapi ternyata tidak secomel Otak Beku.hihi.
Kalau anda nak tahu,
Extremophile ni terdapat dalam pelbagai jenis. Tak payahlah OB nak beritahu
jenis-jenisnya, sebab banyak jenisnya, lagipun bukan korang tahu pun, apa
lagi OB yang memang “sentiasa tak tahu” ni. Walaupun Extremophile ni
boleh hidup dengan aman dan damai dalam suhu yang melampau panas dan sejuk, namun yang menariknya masyarakat
extremophile ni tidak boleh beranak pinak (berkembang) jika mereka hidup dalam
suhu normal seperti suhu kita sekarang !!. Jadi, ada kelemahan juga
extremophile ni ya ?.
Langgan:
Catatan (Atom)