Khamis, 11 Oktober 2012

Luoping, China




Luoping adalah sebuah daerah kecil di selatan Yunnan,China..apabila tibanya musim bunga,sejenis bunga yang terhasil daripada Canola(sejenis Bijirin yang digunakan untuk menghasilkan minyak) akan berkembang dan memberikan suatu permandangan seperti ''lautan emas'' yang dikelilingi oleh pulau-pulau..

Rabu, 3 Oktober 2012

Perbezaan Antara Mazhab Sunni Dengan Mazhab Syiah Imamiyah


PERBEZAAN ANTARA MAZHAB SUNNI DENGAN MAZHAB SYI’AH IMAMIYAH  : Dr Yusof al- Qaradhawi : Fatawa Muasiirah(Fatwa-Fatwa Masa Kini).

Pertanyaan:

Yang berhormat, Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi -hafizahullah-
Saya ingin mengajukan sebuah pertanyaan kepada anda, semoga diharapkan anda menjawabnya dengan jelas supaya dapat melegakan dada dan menghilangkan keraguan. Kami di Mesir tidak mengenali mazhab yang lain kecuali mazhab Ahlu Sunnah wal Jamaah yang terdiri daripada empat mazhab yang masyur dan dipimpin oleh para imam yang diakui kesarjanaan mereka. Di antaranya ialah Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’ie dan Imam Ahmad. Penduduk Mesir menganut tiga mazhab yang utama. Mazhab Malik di daerah Sha’id dan sebahagian kota yang ada di pinggir laut Merah, dan mazhab Syafi’ie dianuti oleh sebahagian besar penduduk pinggiran laut Merah, manakala mazhab Hanafi hanya dianuti oleh beberapa orang tertentu saja yang diwarisi dari zaman kekhalifahan Utsmaniyah.

Kami tidak mengenali ajaran Syi’ah sedikit pun. Hal ini kerana, kami tidak pernah ada pendedahan mengenai ajaran itu. Setahu saya, di Mesir tidak pernah didapati ada orang Syi’ah walaupun hanya seorang. Yang kami tahu bahawa mereka itu hanya orang-orang yang berlebihan alam mencintai dan fanatik terhadap Ahlul Bait. Sedangkan kami warga Mesir sebagaimana yang engkau ketahui cinta juga terhadap Ahlul Bait. Sebab kami memiliki beberapa tempat Ahlul Bait yang biasa dikunjungi dan ada beberapa perayaan yang sering dirayakan. Misalnya terhadap Al-Husain dan Zainab di Kairo, Ahmad Al-Badawi di Tanta dan lain-lain. Belum pernah sama sekali ada para ulama dari kalangan Ahlu Sunnah yang memuji Syi’ah ataupun mencelanya. Oleh kerana itu, seluruh rakyat Mesir bersikap keliru terhadap Syi’ah ini, baik dari sisi akidahnya mahu pun pemikirannya. Sehinggalah kami ditakutkan di akhir-akhir tahun ini bahawa sebahagian warga Mesir sudah ada yang meninggalkan mazhab Sunninya dan kemudian mereka beralih menjadi pengikut mazhab Syi’ah. Sebagian mereka ada yang giat menulis di kitab-kitab, ada juga yang menyebarkan artikel, ada juga yang menulis buku yang berkenaan pandangan-pandangan serong terhadap Ahlu Sunnah wal Jamaah yang matlamatnya untuk  mengajak masuk ke dalam mazhab Syi’ah.