Teori ‘big bang’ yang diperkenalkan Albert
Enstein melalui formulanya ‘General Thery of Relativity’ pada tahun 1915 telah
diterima umum sebagai teori asal kejadian alam. Teori ini menyatakan bahawa
alam ini pada asalnya adalah bercantum, kemudiannya berlakulah satu letupan
yang kuat(cosmic explosion) 10-20 bilion tahun dahulu yang dinamakan big bang.
Bermula dari situlah berlaku pengembangan dan penyejukan yang melahirkan
bintang-bintang, galaksi, dan seumpamanya. Teori ‘big bang’ ini terus
diperkukuh dan disokong melalui kajian para pengkaji Barat selepas itu.

