Adakah mati kita sama ??.
Di dunia ini, kita dapat saksikan pelbagai wajah, karakter,
dan pelbagai golongan manusia, ada yang kaya, miskin, dengan pelbagai ragam
mereka. Juga, melalui mata kasar kita, dapat kita lihat terdapatnya orang yang cantik, dan juga orang yang hodoh.
Di dunia, si cantik dirasakan begitu bertuah mempunyai fizikal yang sempurna,
manakala si jelik dirasakan begitu malang kerana dikurniakan fizikal yang tidak
sempurna. Namun, apabila matinya kita semua, sama ada kita seorang yang cantik,
mahu pun yang hodoh, adakah kita semuanya akan sama ??. Memang betul kita akan
memasuki kubur daripada tanah yang sama, dikafankan dengan kain dengan warna yang
sama, iaitu putih, seputih hati si anak kecil yang baru dilahirkan, Namun adakah
matinya kita akan sama ?.