Isnin, 23 April 2012

Teh Hijau : sumber kehidupan



Bila OB sebutkan perkataan 'teh', pasti anda akan terbayangkan serbuk teh yang berwarna coklat kemerahan-merahan yang berbau harum. Apabila dicampurkan dengan air panas, maka terbitlah aroma yang membangkitkan ghairah anda untuk meminumnya. Dengan kepahitan rasanya, ditambah pula dengan sedikit gula, pasti anda terus tergoda untuk meminumnya, ibarat godaan seorang wanita seksi yang melirikkan senyumannya kepada anda. “ Kenapa tiba-tiba OB kaitkan teh dengan godaan-godaan ni ?. isshh… gelilah, tapi betul ke teh boleh menggoda ?. Kalau betul, saya nak guna teh sebagai ganti minyak pengasihlah lepas ni !!.hihi…”. Sudah tentu boleh !!. Sebenarnya teh boleh diibaratkan sebagai “unsur pengasih”, tetapi hanyalah digunakan untuk menggoda mereka yang kurang nafsu makan, kerana teh mampu meningkatkan nafsu makan.

Jadi, anda bolehlah menggunakan teh untuk menggoda kambing atau kucing anda yang kurang selera makan tu. Berbalik kepada topik yang sebetulnya, tahukah anda, teh merupakan minuman utama di dunia, dan teh mempunyai banyak khasiat yang tidak terduga oleh kita. Oleh itu, bagi merungkaikan keajaiban teh ini, OB akan memberikan anda maklumat-maklumat tentang teh daripada sejarahnya sehinggalah kepada fakta-fakta dan kajiannya. Cuma yang OB minta, anda akan “tergoda” untuk membacanya dari mula hingga akhir.

Khamis, 29 Mac 2012

Serbuk pundi babi menumbuhkan jari yang terputus.



Babi sememangnya mempunyai banyak kegunaan, boleh diibaratkan dari hujung rambut sehinggalah hujung kaki babi-babi tersebut. Tetapi sering menjadi persoalan, mengapa Islam mengharamkan babi padahal babi banyak kegunaannya ?, lebih-lebih lagi dalam penghasilan makanan (OB akan menghasilkan artikel pengharaman babi ni pada masa akan datang, tak cukup masa da…). Yang penting sekarang, tahukah anda bahawa pundi kencing babi dapat digunakan untuk menumbuhkan kembali anggota badan anda yang hilang, contohnya seperti jari.

Penemuan itu terbukti apabila pada tahun 2005, seorang pemilik kedai kapal terbang permainan yang terputus jarinya semasa beliau sedang membaiki alat permainan tersebut. Namun, hasratnya untuk menyambung kembali jarinya (jari manis sebelah tangan kanan) yang putus tersebut menemui jalan buntu kerana jarinya yang terputus itu tidak ditemui. Dengan berat hati beliau menerima saranan doktor untuk hanya membalut jarinya yang terputus itu menggunakan kulit sahaja.