Pulau Sentinel Utara adalah merupakan salah sebuah pulau Andaman yang terletak dalam teluk Bengali yang mempunyai keluasan sehingga 72 km². Suku asli tempatan pulau ini tidak pernah menerima kehadiran orang luar malah banyak kes dilaporkan terjadinya serangan terhadap orang luar dengan menggunakan lembing dan alat memanah untuk menyerang sebarang anasir luar yang cuba memasuki perairannya, termasuklah kru-kru National Geographic sendiri yang pernah diserang oleh suku asli tersebut semasa sedang melakukan kajian terhadap suku kaum tersebut. Secara rasminya, pulau ini ditadbir kerajaan India sebagai sebahagian daripada Andaman dan Nicobar Islands Union Territory (sejak 1947).
Ahad, 22 Julai 2012
Selamat datang ke Pulau Sentinel (Sentinel Island)
Selamat datang ke Pulau Sentinel (Sentinel Island)
Isnin, 23 April 2012
Teh Hijau : sumber kehidupan
Bila OB sebutkan perkataan 'teh', pasti anda
akan terbayangkan serbuk teh yang berwarna coklat kemerahan-merahan yang berbau harum. Apabila
dicampurkan dengan air panas, maka terbitlah aroma yang membangkitkan ghairah
anda untuk meminumnya. Dengan kepahitan rasanya, ditambah pula dengan sedikit
gula, pasti anda terus tergoda untuk meminumnya, ibarat godaan seorang wanita
seksi yang melirikkan senyumannya kepada anda. “ Kenapa tiba-tiba OB kaitkan
teh dengan godaan-godaan ni ?. isshh… gelilah, tapi betul ke teh boleh menggoda
?. Kalau betul, saya nak guna teh sebagai ganti minyak pengasihlah lepas ni !!.hihi…”. Sudah tentu boleh !!. Sebenarnya teh boleh diibaratkan sebagai “unsur
pengasih”, tetapi hanyalah digunakan untuk menggoda mereka yang kurang nafsu
makan, kerana teh mampu
meningkatkan nafsu makan.
Jadi, anda bolehlah
menggunakan teh untuk menggoda kambing atau kucing anda yang kurang selera
makan tu. Berbalik kepada topik yang sebetulnya, tahukah anda, teh merupakan
minuman utama di dunia, dan teh mempunyai banyak khasiat yang tidak terduga
oleh kita. Oleh itu, bagi merungkaikan keajaiban teh ini, OB akan memberikan
anda maklumat-maklumat tentang teh daripada sejarahnya sehinggalah kepada
fakta-fakta dan kajiannya. Cuma yang OB minta, anda akan “tergoda” untuk
membacanya dari mula hingga akhir.
Langgan:
Catatan (Atom)


