Ahad, 9 September 2012

Cannibal Holocaust - Antara Karya dan Kontroversi



Cannibal Holocaust adalah merupakan sebuah filem seram dari Itali yang telah diharamkan sehingga ke hari ini, iaitu melebihi lima puluh buah negara di dunia. Selepas filem ini dikeluarkan, Pengarah filem tersebut iaitu Ruggero Deodata telah ditangkap dan dikenakan tuduhan membunuh selepas desas-desus mengatakan Cannibal Holocaust adalah sebuah filem pembunuhan secara realiti tanpa lakonan.

Walau bagaimanapun, beliau kemudiannya dibebaskan daripada semua tuduhan tersebut. Untuk pengetahuan anda, filem ini telah difilemkan dalam hutan hujan Amazon dan melibatkan suku-suku asli yang sebenar (tanpa menggunakan pelakon bantuan).

Plot filem ini menceritakan tentang kisah perjalanan mencari krew filem dokumentari yang telah hilang selama dua bulan di penempatan suku pribumi di hutan Amazon untuk menghasilkan sebuah filem. Hasil daripada pembikinan ini telah mengakibatkan tujuh ekor binatang telah dibunuh. Salah satu contohnya termasuk satu babak di mana seekor monyet tupai telah dipancung, dan suku-suku asli terus melahap otak monyet tersebut.

Cannibal Holocaust ini juga turut melibatkan adegan-adegan pembunuhan yang amat jelas (realiti) seperti beberapa watak yang sedang disula sehingga filem ini dianggap sebagai salah sebuah filem yang paling memualkan dan menjengkelkan dalam sejarah dunia perfileman.