Khamis, 23 Februari 2012

Bestnya berkhalwat !!.




Tahukah anda…??

Islam membenarkan kita berkhalwat !!.

Betul, sebenarnya Islam membenarkan kita berkhalwat !!. Tak kisahlah anda nak berkhalwat di dalam bilik ke, dalam hotel ke, mahupun di dalam surau. Mari kita lihat ayat suci Al-Quran ni "Dan janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." (Surah al-Isra' :32). Daripada ayat tersebut, Allah S.W.T tak melarang kita melakukan zina secara langsung, tetapi Dia melarang kita jangan menghampiri zina. Jadi, kalau kita tak hampiri khalwat, maka tak berlakulah khalwat kan ?.

Apa-apa pun, maksud sebenar Otak Beku “Islam membenarkan kita berkhalwat” adalah hanya apabila kita berkhalwat dengan Allah S.W.T.hihi... kerana maksud sebenar khalwat adalah "mengasingkan diri di tempat yang sunyi kerana bertakafur, beribadat, dan lain-lain", tapi disebabkan kita selalu dipengaruhi media terhadap perkataan ‘khalwat’ tu dengan perbuatan “sorang lelaki dengan sorang perempuan yg berada di tempat yg sunyi utk melakukan perbuatan jahat (maksiat)”, sebabkan kita memandang negatif dengan perkataan ‘khalwat’ tersebut. Jadi tak heranlah kalau ulama’ dulu-dulu suka berkhalwat sampai berbulan-bulan lamenye.

~"Oleh tu, janganlah kita memandang serong terhadap lelaki dan perempuan yang sedang membonceng motor, kerana kita tidak tahu mungkin lelaki tersebut hanya mahu menyelamatkan perempuan tersebut daripada dikejar harimau.” – daripada ceramah seorang ustaz terkenal. kui2 ~ ^^,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan