"Sahabat yang dilupakan"
Wahai sahabat ku,
Tahukah kamu, diri ku di sini memikirkan mu,
Walaupun
kini diri mu sudah melupakan ku,
Sedang jiwa mu terbang megah dengan kejayaan
mu.
Wahai sahabat ku,
Tahukah kamu, hati kecil ku telah terguris dengan siulan
sopan mu,
Walaupun diri mu menganggapnya sebagai dedebu halus di tepi jendela,
Sekali dihembus terbang segala kekurangan.
Wahai sahabat ku,
Tahukah kamu, selama kita membawa langkah kita bersama
ke persada kejayaan,
Selama getirnya kepayahan kita bersama,
Diri ku sudah
meluluhkan jiwa-jiwa keegoan ku,
Ku buka sebuah ruang kecil pada sudut hatiku
untuk diisi dengan nama mu sahabat.
Wahai sahabat ku,
Tahukah kamu, Segala titisan persahabatan kita selama
ini,
tidak pernah dikeringkan dengan segala kebusukan sentuhan dan tatapan
fitnah,
padamkan semua hasad dengki tiada lagi kutukan hati.
Wahai sahabat ku,
Tahukah kamu, dalam gelap-gelap jiwa, terpancar cahaya
keikhlasan,
Kerdipan bintang yang menenangkan, menghilangkan segala kebencian,
Bertuahlah tuah kerana tuahnya,
Juga bersahabatlah sahabat kerana sahabatnya.
Wahai sahabat ku,
Inilah sahabat mu, sahabat yang dilupakan…
~Nukilan Otak Beku dot com~ ^^,
*Hak cipta terpelihara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan