Selasa, 6 November 2012

Imam Abu Hanifah dan Pinggan.



Suatu hari.....

Ketika Imam Abu Hanifah sedang mengajar feqah kepada para pelajarnya, datanglah seorang lelaki yang juga anak muridnya..lelaki tersebut kelihatan terburu buru untuk menanyakan sesuatu yang bermain di fikirannya..lalu dia pun bertanya kepada imam abu hanifah
untuk menyelesaikan kekeliruannya..

anak murid : saya mahu bertanya sesuatu yang sedang bermain difikiranku..bolehkah..?

Imam abu hanifah: silakan..

anak murid: bukankah iblis dijadikan daripada api.?

Imam abu hanifah: ya...benar sekali..

anak murid: jikalau begitu,bagaimana iblis di azab di neraka..?..bukankah api bertemu dengan api langsung tidak memberikan kesan..? (secara logikya betul kata lelaki tu..bagaimana api dengan api boleh dipisahkan,)?



lalu imam abu hanifah mengambil pinggan(yang dibuat dari tanah) dan meneruskan semula perbualannya..

Imam abu hanifah: tahukah engkau ini apa..? lalu imam abu hanifah menunjukkan pinggan tersebut.

anak murid: ya..itu pinggan..kenapa..?

Imam abu hanifah: pinggan ini dibuat daripada apa..?

anak murid: daripada tanah..

Imam abu hanifah: bukankah manusia itu dijadikan daripada tanah..?

anak murid: ya,benar sekali.

Imam abu hanifah: kalau begitu,bagaimana jika aku lemparkan pinggan ini ke arah kepalamu..!!..bagaimana rasanya..?
anak murid: sudah tentu ia amat menyakitkan..

Imam abu hanifah : begitu juga iblis dengan api neraka,walaupun syaitan dijadikan daripada api namun ia juga tetap akan di azab di neraka..

lalu berakhirlah perbualan tersebut dan lelaki tersebut pulang dengan perasaan kagum akan kepetahan dan kebijaksaan Imam abu hanifah selain ketinggian ilmunya.




*Imam Abu Hanifah adalah salah seorang ulama besar yang juga menjadi pengasas mazhab hanafi.. Pengetahuan Imam Abu Hanifah didalam bidang feqh telah sampai ke peringkat yang tidak termampu dicapai oleh para fuqaha’ lain yang sezaman dengan beliau pada ketika itu,yang mana Imam Syafiey telah berkata tentang beliau : (Para fuqaha’ dalam bidang feqh bergantung kepada Imam Abu Hanifah) dan beliau merupakan insan yang wara’ orangnya serta orang yang berada,kerana beliau dahulunya merupakan seorang peniaga kain di Kota Kufah,sebelum beliau menceburkan diri beliau didalam lapangan ilmu ini. Dan dari hasil kegiatan perniagaan beliau serta pengetahuan beliau tentang ilmu perniagaan dan juga dengan pengajian beliau didalam Ilmu Tauhid..Imam abu hanifah juga dikurniakan kemahiran berhujah dan berdebat selain mempunyai pemahaman yang amat mendalam dalam sesuatu perkara agama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan