Khamis, 23 Februari 2012

Binatang ni pandai selesaikan soalan matematik.


Tahukah anda…??

Obor-obor “berotak” walaupun tiada otak ??.

Mengapa admin kata obor-obor berotak atau berakal, sedangkan obor-obor tak ada otak ?. Cuba anda bayangkan situasi ni, “tengah anda syok mandi-manda kat tepi pantai dengan kambing anda, tiba-tiba anda ternampak ‘benda’ yang nampak lembik lalu di tepi anda, obor-obor lah tu. Anda cuba dekati dia, cuba untuk mengurat, tapi malu-malu pulak dia. Pahtu anda cubalah nak pegang tangan dia, bila anda pegang je

tangan lembik dia, terus anda kena cium(sengat) dengan obor-obor tu. Bagaimana rasanya ?, mestilah syok kan ?. haha… Nampak macam cerdik je obor-obor tu kan ? boleh pertahankan diri dan boleh malu-malu lagi. Jadi, obor-obor ni bijaklah ye?. Sebenarnya tak !!, sebab obor-obor bertindak seperti binatang-binatang lain yang bertindak mengikut naluri mereka. Jadi bukan berakal namanya tu, tapi bernaluri. (admin cakap pasal ni sebab admin nak bangkang kenyataan sebuah blog yang cakap obor2 berakal. Manusia je berakal !!).

Kembali kepada topik yg sebetulnya. Tahukah anda ?, terdapat sejenis makhluk yang seakan-akan obor-obor tapi bukan obor-obor (tak macam dah, sama je dengan obor-obor admin tengok), tapi adalah merupakan sejenis siphonophore iaitu makhluk yang terdiri daripada sebuah koloni organisma yang bekerjasama. Badan-badan mereka adalah terdiri daripada 4 polip (sejenis haiwan kecil) yang terpisah iaitu bahagian atasnya yang dipanggil pneumatophore yg berisi gas berfungsi untuk mengapung. Manakala tiga bahagian yg lain pula adalah dactylozooids (berfungsi untuk pertahanan), gonozooid (berfungsi untuk membiak), dan gastrozooid (berfungsi untuk makan). Selain tu, terdapat bahagian yg paling “digemari” anda iaitu tentakel yg dilapisi nematocysts (racun), berfungsi untuk membunuh ikan, juga boleh “menggatalkan badan” anda sehingga pengsan, dan juga…mati. (Sumber)

(Apa yang admin mengarut ni, beritahu jelah binatang apa !!). Maaf..maaf…janganlah marah, admin nak bersaintifik sikit pun tak boleh.hihi.. Makhluk ni ialah PORTUGUESE MAN-OF-WAR !!. hebat kan name dia ?. kenapa dipanggil sebegitu rupa ?. Panggilan tersebut sebenarnya adalah kerana bentuknya yang menyerupai sebuah kapal perang tentera British yg dibina berdasarkan bentuk kapal perang Portugal yang bernama Man-of-war. (Sumber)

Kalau anda nak tahu, binatang ni adalah antara salah satu binatang yang beracun di dunia, kalau anda kena sengatan dia, rasa cam kena kejutan elektrik. Anda pernah kena kejutan elektrik ?, cubalah kat rumah... Eeerrr…maksud admin cuba tengok video orang kena kejutan elektrik kat rumah. (Jangan pandai-pandai nak cuba pulak, nanti admin pulak yg kena saman sebab ajar korang). Lagi satu, haiwan ni masih boleh menyengat lagi walaupun sudah mati. Ni salah satu kes yg menyebabkan kematian, sila baca : (Sumber).

Sumber utama : Picit saya

~Walaupun begitu, sengatan Man-of-war ni dipandang sebelah mata je oleh penyu kerana penyu mempunyai cengkerang yg sangat kebal daripada sengatannya, dan yang sangat sadisnya Portuguese Man-of-War ni adalah santapan petang kegemaran encik penyu sambil menikmati keropok moni.~ ^^,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan