Khamis, 23 Februari 2012

"Masihkah ku perlukan diri mu ?"


~Falsafah pemikir~

Nafas debaran masih terasa dalam hati kecil ku, namun kudrat ku masih gagah mengangkat ringannya pahat ku, juga berat jasadnya. Dalam sinar kepayahan memanah dahi ku, perlukah lagi untuk ku terus meneruskan perjuangan memahatnya supaya diri ku terus berbangga menunjukkan halusnya seni-seni yg ku terapkan untuknya, juga kepada jelingan-jelingan mata yang sungguh tajam menghiris cemburu terhadap ku…

Atau…perlukah aku hentikan saja harapan besar agama ku, juga bangsa ku ini demi hasutan-hasutan halus yang berbisa itu ??. Siapa dapat membantu ku ??, pakar-pakar, teman-teman ku, atau diriku sendiri ??. Aku…untuk apa aku lakukan semua ini ?, bukankah aku juga dapat berjaya seperti manusia-manusia yang lain tanpa perlu ku menyimpulkan akal fikiran ku yang sudah tentu menyeksakan jiwa dan raga ku untuk menghasilkan dirinya yg belum tentu akan memberikan ku haruman dunia yang ku mahu.

Aahhh…lihat saja si Polan dan si Polan itu, sudah berjaya dia tanpa perlu bersengkang mata, tanpa perlu melukakan walaupun sedikit kantung rezekinya untuk menghasilkan atau mendapatkan kejayaan. Ya…mengapa tidak, gelombang-gelombang sanjungan kuat sekali melambungnya, walaupun mungkin saja nanti hilang semuanya dicantas waktu. Mungkin itu sudah rezekinya, tapi… berhasilkah dia terus berjaya tanpanya ?.

Bagaimana kamu…?? Ya…kamu, kamu yg sedang menghalusi titipan ku ini ?. adakah kamu juga akan teruskan perjuangan untuk menghasilkan sesuatu yang sungguh unik seperti diriku yang berjerih perih menghasilkannya ?. Bukan !!, bukannya wang, harta, atau sanjungan yang ku maksudkan... Tahukah kamu, bila kamu berjaya menghasilkannya, kamu akan menjadi mulia dalam kalangan manusia, bahkan kamu juga berhasil disayangi tuhan pencipta sekalian alam. Ya !!!, itulah dia... ILMU PENGETAHUAN.

~Nukilan Otak Beku dot com~ ^^,
*Hak cipta terpelihara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan