Tahukah
anda…??
Fakta atau
auta mengenai menguap !!.
Pernahkah
hidup anda tidak menguap..??(apa peliknya soalan aku ni). Maksud OB, adakah
anda tidak pernah menguap sepanjang hidup anda ?. Jika anda tidak pernah
menguap, maknanya anda seorang yang hebat kerana hanya seorang manusia je yang
OB tahu tak pernah menguap, iaitu Rasulullah s.a.w., wallahualam. Namun, bagi
setiap manusia tidak sempurna seperti kita, mahu pun binatang sekalipun,
pasti akan menguap walaupun anda mengancam untuk menjahit mulut anda
sendiri andai menguap tu bagi isyarat nak mai datang melawat. Begitu juga
dengan cacing, mereka juga akan menguap bila sudah sampai seru untuk mereka
menguap (korang pernah tengok cacing menguap ke ?.muahaha..), tapi, adakah anda
tahu mengapa kita asyik menguap
selain daripada faktor keletihan atau mengantuk ?.
Biasanya
kalau anda menguap, mesti anda fikir sebab anda mengantuk, bosan, atau
kekurangan oksigen. Sebenarnya menguap adalah tindakan otak kita menghantar sms
kepada badan kita untuk mendapatkan ‘top up kredit’ oksigen bagi mengawal suhu
otak. Seorang ahli psikologi, Gordon Gallup daripada Universiti Albany telah
melakukan kajian berkenaan menguap ni, menyatakan tindakan menguap adalah salah
satu cara badan kita untuk mengawal suhu otak. (sumber)
2. Otot
dan sendi anda tengah bersenam
Jika anda
perasan, apabila anda mengeliat, secara automatik anda akan menguap. (OB tengah
mengeliat ni.bestnye.hehe…)Sebenarny a tindakan tersebut adalah cara untuk
mengembalikan kecergasan otot-otot dan sendi-sendi anda, dan secara tak
langsung anda pun tersenyum sendirian. Terdapat teori yang menyatakan menguap
ni digunakan untuk menarik lebih banyak oksigen ke otak dan badan, di samping
mengeluarkan karbon dioksida. Namun, menurut Robert Provine, pernambahan
oksigen atau pengurangan karbon dioksida tidak menghalang kita untuk menguap. (sumber)
3.
Menunjukkan empati (korang faham tak maksud empati ?.Tengok sini).
Menurut seorang profesor psikologi, Steven Platek daripada universiti Drexel Philladelpia, menguap adalah merupakan salah satu tindakan primitif yang spontan individu untuk menunjukkan empati mereka terhadap orang lain seperti anda melihat seseorang menguap, juga semasa anda mendengar, membaca, mahu pun semasa anda sedang memikirkan tentang menguap. yeke ??.(sumber)
Menurut seorang profesor psikologi, Steven Platek daripada universiti Drexel Philladelpia, menguap adalah merupakan salah satu tindakan primitif yang spontan individu untuk menunjukkan empati mereka terhadap orang lain seperti anda melihat seseorang menguap, juga semasa anda mendengar, membaca, mahu pun semasa anda sedang memikirkan tentang menguap. yeke ??.(sumber)
4.
Bagaimana dengan orang buta ??. Adakah mereka juga menguap ?. Sudah tentu
mereka juga menguap. Daripada kajian yang dilakukan, orang-orang buta yang
mendengar audio orang yang menguap akan rasa lebih teringin untuk menguap. OB
pernah rasa nak test gak kat orang buta, tapi takde orang buta, jadi, OB test
la kat orang yang buta hati, tapi tak jadi pun. haishh..(sumber)
5.
Tahukah anda, seekor badak air dewasa boleh membuka mulutnya untuk menguap
setinggi seorang budak kecil yang berukuran 1.25 m, tapi seekor kerbau tidak
perlu bersusah payah membuka mulut dengan luas untuk “menguak”. tihihi…
~Allah
s.w.t menyukai org yang bersin, tapi tidak kepada orang yang menguap. jadi,
tahanlah nafsu menguap anda. Wallahualam.~ ^^,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan