Tahukah
anda...??
Dubuk
ialah binatang yang seakan-akan anjing atau serigala yang berasal dari Afrika.
Ia juga dikenali sebagai haiwan pemakan bangkai.
Antara
keajaiban yang terdapat pada dubuk adalah terdapat pertukaran jantina mengikut
masa. Menurut salah seorang ulama iaitu al-Imam Damiri ra, dubuk akan menjadi
jantan selama setahun dan akan bertukar selepasnya menjadi betina selama
setahun selepas itu. Ini bermakna ketika tahun menjadi jantan ianya tidak boleh
mengandung, tetapi ketika tahun menjadi betina maka ianya boleh untuk
mengandung, menarik bukan ?. Ramai para ulama' yang berselisih pendapat
dalam hukum makan dubuk, ada ulama' yang mengharamkan makan dubuk, malah ada juga ulama
menghalalkannya..
Mazhab kita sendiri iatu mazhab Imam Syafie menghalalkan makan dubuk. Iman Syafie berhujah bahawa dibolehkan memakan dubuk kerana dubuk dimakan dan dijual di antara sebahagian daerah di negeri Arab.Tiada seorang ulama' pun yang melarangnya, kerana orang Arab juga menyukai dagingnya. Diriwayatkan bahawa sahabat baginda, Saad bin Abi Waqqas memakan dubuk dan Ibnu Abbas juga mengharuskan kita untuk memakannya.
P/s :
Walaupun dubuk halal dimakan, mungkin ramai orang jijik untuk memakannya. Bukan
setakat manusia je yang hilang selera untuk makan dubuk, singa pun turut hilang
selera untuk makan dubuk...So..korang fikirlah sendiri lauk apa yang korang
rasa best untuk dimasak daging dubuk tu nanti.hihi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan