Tahukah
anda…??
Penggunaan
internet melemahkan daya pemikiran kita ??.
Seperti yang anda tahu, internet banyak membantu kita untuk mencari sesuatu perkara yang tidak kita ketahui atau ingin kita ketahui, contohnya Google, anda taip saja apa yang anda hendak tahu di ruangan Google tersebut. Cuba anda taip “Otak Beku dot com”, dan secara automatik akan terpampang link ‘facebook page’ dan 'blog' Otak Beku dot com di ruangan ‘search’ tersebut (promosi lagi.muahaha). Tapi tahukah anda ?, kebanyakkan eksekutif atasan di syarikat Google…Ooppss…bukan sahaja di syarikat Google sahaja, tapi juga daripada syarikat Apple, eBay, Yahoo, dan Hewlett-Packard (HP), tidak membenarkan anak-anak mereka untuk menggunakan komputer langsung, lebih-lebih lagi menggunakan segala kemudahan internet yang papa atau mama mereka sediakan yang dikatakan untuk kemudahan seluruh manusia di dunia itu.

Mengapa
begitu kejam sekali papa dan mama mereka ??, sedangkan papa dan mama anda lebih
menggalakkan anda menggunakan komputer sejak dari kecil lagi, malah kerajaan
kita sekarang lagi menyokong anak-anak yang dikatakan millenium ni dengan
memberikan laptop percuma. Hebat kan ?, (aku mase kecik-kecik dapat kalkulator
kecik je, tapi rasa cam James Bond dah, siap tunjuk kat nenek aku lagi yang
tengah makan sireh).
Daripada
berita New York Times, eksekutif atasan syarikat-syarikat terkenal ini
menghantar anak-anak kecil mereka ke sekolah yang langsung tidak mempunyai
kemudahan komputer, bagi mengelakkan anak-anak mereka terlalu bergantung kepada
kemudahan internet, seterusnya menghalang perkembangan otak anak-anak mereka.
Guru-guru di sekolah itu hanya menggunakan kaedah tradisional dalam mengajar
murid-murid tersebut, tapi sudah semestinya dengan sukatan pelajaran yang terbaik.
Pelajar-pelajar tersebut boleh dikatakan hanya menggunakan sebatang pensil, kertas, dan
buku-buku teks rujukan. Anak-anak mereka hanya dibenarkan guna internet pada
usia 8 tahun, atau mungkin dalam usia 17 tahun dan ke atas. Malah, penggunaannya
juga adalah terbatas, bagi memastikan anak-anak mereka dapat menilai dan membuat keputusan dalam sesuatu
perkara dengan baik sebelum mereka bersedia menggunakan sepenuhnya
kemudahan-kemudahan itu.
~Bagi
Otak Beku dot com, andaikan lebih baik sekiranya kekangkan saja kemudahan internet untuk anak-anak
kecil sebelum mereka mendapat bimbingan yang sebetulnya.~ ^^,
Sumber : Picit saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan