Khamis, 23 Februari 2012

Nak berkenalan dengan saya ?.



Biodata Saya :-

Nama sebenar : Kucing Hutan Norwegian (Norwegian Forest Cat)

Nama manja : kucing

Asal : hutan Norwegian, Norway

Rupa paras :
Badan saya besar, tapi montok tau ?, berbulu lebat lagi, termasuklah ekor saya, lebih-lebih lagi bulu-bulu kat tengkuk saya, cam kot tau ??. lagi satu, bulu-bulu saya kalis air, sesuai dengan iklim kat tempat saya tinggal,  maklumlah saya mewarisi genetik moyang-moyang saya, well, you know me. Telinga saya plak tak macam kucing-kucing lain, sebab hujung telinga saya nampak cam tajam sebab ada bulu-bulu panjang tumbuh situ, jadi senanglah saya nak cucuk lubang hidung tuan saya nanti.

Sejarah keturunan :
Atok Moyang saya ialah kucing berambut pendek yang berasal dari selatan Eropah. Tapi, atok moyang saya berhijrah ke Norway disebabkan dia dapat tawaran belajar kat Universiti di Norway, bawah tajaan JPA. Masa belajar kat sana kan, atok moyang berkenalan dengan nenek moyang saya yg berbulu panjang & lebat. Selepas 5 tahun berombak rindu, mereka mengambil keputusan untuk berkahwin.

Lepas berkahwin, mereka ambil keputusan untuk beranak cucu di hutan Norwegian sampai berabad lamanya. Kalau awak nak tahu, atok&nenek moyang saya berkhidmat sebagai pahlawan pemburu tikus di ladang kepada rakyat “Viking” masa zaman kerajaan Viking dulu-dulu, hebat kan ?. mestilah hebat, nenek moyang saya ada kemahiran yg sangat tinggi dalam memburu, bukan saja pandai memburu tikus, moyang saya juga pandai menangkap ikan dalam air, malah moyang saya juga pandai memburu rindu.hehe…kelakar kan saya ?.

Sejak dari tu, mereka berkhidmat dengan penuh integriti kepada tuan-tuannya, sehinggalah moyang-moyang saya dilamar oleh pencinta kucing, dan seperti yang awak boleh lihat saya sekarang adalah hasil kacukan selepas berabad-abad lamanya. Cantik tak saya ??. tapi satu je bakat yg saya tak warisi daripada moyang saya, iaitu kemahiran memburu. Saya cuma pandai memburu bau tuan saya je. (v_v)

Jadi, ada tak kucing-kucing yang nak berkenalan dengan saya tak ?. saya tak kisah kucing apa-apa pun, asalkan kucing. Kucing kampung ke, kucing kurap pon boley, asalkan jangan “alim-alim kucing” je tau?.

~OB ni pencinta kucing (bukan bercinta dengan kucing !!). Ada sape-sape bela kucing Bengal tak ?. OB nak sekor, nak buat baju kulit.hak2..~ ^^,

Sumber : Picit saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan