Khamis, 23 Februari 2012

Buah epal jahat atau baik ?.


Tahukah anda...??

Epal mengandungi racun ??.

Di Malaysia, epal boleh dikatakan antara buah yang mempunyai kedudukan yang tinggi berbanding buah-buahan tempatan.(Elehh.. admin tipulah, kat rumah saya, epal saya bagi makan kat tenggiling je). Anda tak percaya ??, jadi, mari kita berfikir sejenak. Jika anda pergi menziarah saudara mara anda yg sakit,

apakah buah-buahan yg anda akan beli untuk mereka ?, buah pisang ?, duku ?, atau buah ciku, mahu pun buah kelapa sawit ?. Oohh…tidak…tidak…low class you, hilang kelas i nanti !!. Jadi admin yakin, 90% daripada kalangan anda berkemungkinan besar akan membeli buah epal atau anggur untuk dihadiahkan kepada pesakit (walaupun bukan orang yg sakit makan).

Mengapa begitu ?, mengapa kita lebih suka memilih epal ?, sedangkan buah-buah tempatan kita banyak lagi yg sedap dan berkhasiat. Jawapannya senang je…. iaitu kerana Amerika antara pengeluar terbesar epal (no 2 selepas China). Jika kuasa besar menjadi pengeluar terbesar sesuatu produk, jadi pelbagai cara yg mereka gunakan untuk “mensucikan” produk mereka, contohnya fakta2 hasil kajian daripada saintis mereka berkenaan kebaikan dan kelebihan epal. Juga melalui media, hinggalah pada laptop apple sendiri diletakkan lambang epal bagi menunjukkan epal adalah hebat dan tahan lasak (senang je diaorang pengaruhi psikologi kita kan ?). Memang epal tahan lasak pun, buah epal disembur bahan kimia kan ??. tapi bukan bahan kimia yg admin nak cerita, tapi berkenaan sejenis bahan yg memang terdapat secara semula jadi dalam epal tersebut. (Sumber)

Kalau anda nak tahu, dalam epal tersebut iaitu bijinya terdapat sejenis asid iaitu cyanide. Cyanide ini boleh mengakibatkan kematian kerana kandungan toksiknya yang berbahaya untuk kesihatan. Jika anda tertelan 2 atau 3 biji benih daripada sebiji epal, jangan bimbang kerana badan anda masih boleh menyahtoksik kuantiti kecil cyanide, namun anda perlu risau jika anda sengaja menelan banyak biji benih tersebut (anggapnya sebagai kuaci, mungkin ??). Tapi yang paling penting, anda perlu risaukan adalah anak-anak, mahu pun adik-adik anda yg kecil kerana mereka berkemungkinan besar mengalami keracunan akibat tertelan biji benih tersebut, termasuklah binatang peliharaan anda. (siput sedut mungkin ??)

Sumber : Picit saya

~Jadi, terpulang kepada anda untuk percaya kerana tiada satu pun yang benar melainkan yg benar-benar belaka. tihihi~ ^^,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan