Khamis, 23 Februari 2012

Patung yg membuntingkan manusia !!


Tahukah anda…??

Patung ni telah membuntingkan ramai wanita !!.

Bayangkan jika anda sudah berkahwin bertahun-tahun lamanya, namun masih tidak ada rezeki untuk mendapatkan zuriat. Sudah pelbagai cara yang dilakukan anda untuk mendapatkan anak, sudah pelbagai petua yang diamalkan, namun anda masih menemui jalan buntu. Jadi, cara bagaimana lagi untuk anda lakukan setelah berusaha, sedangkan buah hati anda masih belum menjelma. Ada orang tua memberikan admin petua untuk cepat mendapatkan anak, iaitu semua pinggan mangkuk, atau kelengkapan dapur anda

perlu dibersihkan oleh anda sendiri bukannya orang luar (terutamanya anda yg baru berkahwin). Admin pun tak tahu kenapa perlu buat begitu, tapi yang admin musykilnya kenapa bagi admin petua macam ni ?, kan admin masih dara lagi… eerr…maksud admin masih teruna lagi, tersimpul malu la admin camni. (v,v)

Korang nak cuba, cubalah petua ni, tapi admin tak janji jadi ke tak. Cuma admin dengar, orang yang buat tu cepat dapat anak. Bagi admin senang je nak dapat anak cepat, usahalah lebih. Tihihi… Tapi bukan petua ni yang admin nak beritahu anda, tapi berkenaan patung kesuburan yang mungkin anda pernah tengok di TV melalui rancangan “Ripleys Believe it or Not”. Menurut Ripleys, patung kesuburan ni sudah berjaya menghamilkan 2000 orang dah setakat ni (hebat tu !!), tapi bagaimana caranya ??. senang je, patung-patung ni tak perlu bersusah payah nak paksa-paksa perempuan untuk dimengandungkan, tapi perempuan yang nak mengandung tu perlu menyentuh patung-patung ni, dan mungkin lepas sebulan tu diaorang terus mengandung (takkan serta-merta kot). Menurut Ripleys juga, daripada 20 staf mereka yang menyentuh patung-patung tu, 8 daripada mereka mengandung.

Anda yang bijak pandai jangan percaya sangat dengan perkara ni, kan tak pasal-pasal ramai pula yang nak pergi sentuh patung tu. Kalau perempuan takpe lagi, nanti kan mak-mak nyah plak yang pergi sentuh patung tu tak ke pening ??. Bukan apa, admin takut patung tu yang mengandung nanti.hehe… Nasihat admin bagi anda yang mungkin sudah lama berkahwin tapi masih belum dikurniakan rezeki, bersabarlah dan teruskan usaha anda, juga tawakallah kepada Allah s.w.t, setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya. Mungkin nanti anda dapat anak kembar, mahu pun anak anda mungkin jadi "seseorang" nanti, siapa tahu.

Sumber : (Picit saya)

~ Ambillah petua daripada Rasulullah junjungan besar kita ni iaitu, beristighfar dan bersedekah kerana kedua perkara ini boleh menganugerahi buah hati (anak).~ ^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan