Khamis, 23 Februari 2012

Siapalah kita tanpa ibu.



Tahukah anda…??

Tanpa ibu mungkin kita tidak akan kenal erti sebuah kasih sayang, tanpa ibu mungkin kita tidak akan menjadi ‘manusia’, juga tanpa ibu mungkin hidup kita tidak akan terurus seperti yang berlaku kepada saudara Mohd. Fairus Firdaus Zainol ni. Akibat kematian ibunya semasa beliau berumur 8 tahun lagi, hidupnya tidak begitu terurus lebih-lebih lagi terhadap aspek penjagaan kesihatannya.
Si kacak yang berusia 18 tahun ini tidak mempunyai badan yang normal seperti manusia seusia dengannya akibat dirinya terpaksa berhenti mengambil ubat hormon sejak kematian ibunya 10 tahun lalu, seterusnya membuatkan pertumbuhan badannya terbantut menjadi manusia kerdil setinggi 115 cm.

Kita boleh lihat, betapa pentingnya ibu dalam membentuk diri kita. Bukan admin menidakkan peranan ayah, tapi ibu lebih dekat dengan kita, segala kerenah kita ibu yang hadapinya. Bila hilangnya ibu daripada pandangan dan jangkauan kita, umpama hilangnya udara yang sentiasa di sisi kita.

Sumber : Picit saya

~Jadi berbaktilah kepada ibu kita, juga jangan lupakan doakan untuk ibu kita setiap hari. “Isteri boleh cari empat, tapi tiada empatnya bagi ibu kita.”~ ^^,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan