Khamis, 23 Februari 2012

Syaitan suka orang yg bermata juling ?.


Wahai Ali..!!, janganlah berjima' dengan isterimu selepas zuhur, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jimak pada waktu itu, maka dia akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata juling."

- Wasiat Rasulullah s.a.w kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a.-

Betul ke syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata juling ?. atau adakah ini hadis dhoif (lemah) atau palsu ??. OB pun tak tahu, tapi kesianlah kat orang-orang juling kalau betul, padahal bukan mereka nak pun jadi juling. Nak salahkan ibu bapa mereka pun OB tak berani, tapi kalu ikut hadis di atas mungkin disebab salah ibu bapa mereka.


Walau bagaimanapun, mereka yang bermata juling ini perlu dihormati, dan bukannya dijadikan bahan ejekan. Kita perlu memikirkan perasaan mereka kerana mereka juga berhak untuk menikmati hidup ini dengan tenang. Jika kita lihat situasi sekarang, mereka yang tidak sempurna ini selalu dijadikan bahan gurauan, dan contoh yang terbaik adalah drama FATIMAH JULING !!.

Mungkin anda rasa cerita tersebut tidak bermaksud untuk menghina orang juling, tapi pernahkah anda terfikir bagaimana perasaan orang yang bermata juling ini tengok cerita tersebut ??. Semestinya mereka akan terasa, dan tahukah anda ?, ejekan kita terhadap mereka yang tidak sempurna ini sangat melemahkan semangat mereka untuk berjaya seperti anda yang berjaya di luar sana.

Jadi, layanlah mereka seperti manusia yg normal, kerana kita tidak pernah tahu mungkin banyak kelebihan yang Allah s.w.t berikan kepada mereka berbanding diri kita yg kita rasakan sudah normal ini.

~ Gambar di atas bukannya juling ular, mahu pun juling itik, tapi juling kucing.tihihi…~ ^^,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan