Khamis, 23 Februari 2012

Petua memilih buah tembikai yang manis


Petua memilih buah tembikai yang manis yg jarang orang tahu !!.

Anda suka makan buah tembikai ?, tiada yang menghairankan jika anda “kaki tembikai” kerana binatang pun sukakan tembikai, contohnya kucing. Tapi semestinya anda akan pening kepala untuk memilih tembikai yang manis, silap hari bulan terbeli pula tembikai yang banyak biji, kurang air, dan tawar lagi. Jadi, bagaimana nak pilih tembikai yang manis ??. Anda nak tahu ke?, tapi admin tak nak bagi tahu.(cepatlah

bagitau admin, isteri saya mengidam nak makan tembikai yang manis2 je ni !!.) Yela-yela, petuanya anda belilah tembikai yang ada anak dara kat gerai tu, mesti tersenyum manis je bila beli.hihi…gurau je… Sila tengok kat bawah :

Tembikai sebenarnya boleh menjadi jantan dan betina, bukan manusia & binatang je berjantina tahu ?, tapi, tembikai ni sama cam binatang juga keranaTEMBIKAI BETINA LEBIH BESAR DARIPADA TEMBIKAI JANTAN. Cara mengenal jantan atau betina senang je, anda perlu MELIHAT JALUR YANG TERDAPAT PADA BUAH TEMBIKAI tersebut. JIKA JALURNYA KECIL MAKA JANTANLAH TU, DAN KALAU LEBAR BETINALAH TU. Jadi petuanya, PILIHLAH YANG BETINA, sebab yang betina manis dan kurang biji benih. Tak macam jantan, benih je banyak, tapi tak manis pun.kui2…

Lagi satu TENGOK KULITNYA, kalau licin molek tu betinalah tu (ala macam manusia gak, kalau perempuan kulit licin mesti comel. Kan ? kan?). lepas puas raba-raba kulitnya, anda TEPUKLAH pula… Aaa…masa tengah tepuk tu, PASTIKAN DIA BERBUNYI SEAKAN-AKAN KOSONG JE DALAMNYA, tu tandanye dah masaklah tu. Alaa…jangan malulah nak raba-raba atau tepuk-tepuk cik tembikai tu, takde orang marahnye, bakal ‘pengantin’ anda mesti malu-malu je masa tu, tapi pastikan anda bayar duit hantaran kepada 'ayah mertua anda'. Bukan mahal pun, 2-3 ringgit je sekilo.tihihi…

~Ayah admin ialah pakar dalam membuat puding tembikai/Semangka. ~ ^^,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan