Setiap anggota badan kita banyak memberi kebaikan kepada kita
walaupun kita selalu tidak berpuas hati dengan setiap kejadian yang Allah s.w.t
ciptakan untuk kita. Sering kali kita terdengar orang bersungut tentang
kelemahan anggota badan mereka, walaupun anggota badan mereka tak pernah pun
bersungut akan kehodohan perangai tuan mereka. Contohnya “hidung aku kembang
la, kalaulah hidung aku kecik macam hidung rusa mesti ramai yang minat aku !!.”
Akhirnya kita boleh tengok ramai orang terutamanya sesetengah artis yang
dikatakan role model melakukan pembedahan, cucuk hidung, cucuk
muka, cucuk dada. Macam-macam dicucuknya, nasib baik tak dicucuknya mata
sendiri semata-mata untuk kelihatan cantik (OB tengok cam itik je yg cucuk
mencucuk tu).
Jadi OB nak berikan sedikit fakta penting tentang salah satu
anggota badan kita yang penting iaitu hidung. Tak kisahlah bagaimana rupa
hidung anda, kembang ke, kemek ke, bulat ke, akan tetapi lubang hidung mu tatap
menjadi puujaan hatiku !!.muahaha… Tapi, tahukah anda, dua lubang anda yang
selalu dilombong oleh jejari runcing anda tu sebenarnya mempunyai fungsi yang
unik dan tersendiri. Anda tak percaya ?, OB pun mula-mula rasa cam tak berapa
nak percaya. Pernah sahabat OB beritahu OB yang arwah datuknya dulu seorang pengamal
ilmu silat, dia boleh tahu sama ada lawannya seorang yang berani atau pun
penakut dengan melihat cara lawannya bernafas. Bagaimana caranya OB pun tak
tahu, tapi mengikut fakta, lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan udara
panas, manakala sebelah kiri udara sejuk. Jadi apakah fungsi kedua-duanya ?.
1. Lubang hidung kanan : jika badan anda terlalu letih, tutup
lubang hidung kiri anda, dan bernafaslah melalui lubang hidung kanan anda
selama 5 minit, InsyaAllah keletihan anda akan hilang.
2. Lubang hidung kiri : Jika anda pening atau sakit kepala, tutup
lubang hidung kanan anda, dan bernafaslah melalui lubang hidung kiri anda juga
selama 5 minit, InsyaAllah pening anda akan hilang.
3. Orang lelaki bernafas menggunakan lubang hidung kanan, sebab tu
cepat marah. Manakala wanita pula bernafas menggunakan lubang hidung kiri, jadi
wanita cepat sejuk. Ye ke?, tak cayalah OB… OB kacau anak dara kampung OB,
bapak dia tak marah pon, cool je…tapi yang marahnye gadis tu sendiri, pelik r
OB.
* Peringatan – jangan anda menutup kedua-dua lubang hidung anda
termasuk mulut lebih dari 5 minit, nanti nyawa anda yang akan hilang. Namun
anda boleh dimaafkan jika anda menutup hidung dan mulut apabila orang sebelah
anda atau diri anda sendiri yang kentut !!.
Sumber : Picit saya
~ Jagalah anggota badan kita sebaiknya kerana setiap keciptaannya adalah yang terbaik untuk kita.~ ^^,
Sumber : Picit saya
~ Jagalah anggota badan kita sebaiknya kerana setiap keciptaannya adalah yang terbaik untuk kita.~ ^^,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan