Khamis, 23 Februari 2012
Budak gila yang 'mengilakan' dunia !!.
"Suatu tika dahulu, di sebuah hotel penginapan terdapat seorang jurulatih dan seorang juara dunia yang sedang berehat. Semasa mereka sedang bersantai sambil menonton rancangan TV, jurulatih tersebut menerima sebuah panggilan daripada seorang budak lelaki. Dari gaya percakapan budak tersebut, ternyata budak itu seorang yang sangat yakin dengan dirinya. Beliau berkata “Saya ialah juara kampung, dan saya mahu menjadi juara Olimpik dan juara Dunia. Jadi saya mahu berjumpa dengan anda !!.” Jurulatih itu ditanya
oleh juara dunia tersebut, “Siapakah yg menelefon ?.”, dengan spontan jurulatih tersebut menjawab “Budak gila, dia mahu berjumpa dengan saya !!.”
Juara dunia yang kebosanan tersebut berkata “Panggil dia ke mari. Siaran TV membosankan, ini pasti akan mengubah keadaan.” Dalam pertemuan itu, budak itu diuji oleh juara dunia tersebut, dan jurulatih tersebut hanya memberikan masa 5 minit kepada budak itu untuk bertarung dengan juara Dunia tersebut. Namun, dari 5 minit berterusan kepada 10 minit, dan akhirnya berlanjutan sehingga 4 jam. Pertemuan dramatik tersebut ternyata menyebabkan mereka begitu tertarik dengan bakat budak tersebut, dan juara Dunia tersebut menanyakan kepada jurulatih tersebut sama ada budak itu akan menjadi juara Dunia atau tidak suatu hari nanti, dan jurulatih tersebut menjawab “ Siapa tahu ?. mungkin.”
Bermula dari detik itulah jurulatih tersebut bekerjasama dengan budak itu, dan kerjasama mereka telah membantu budak itu menjadi juara heavyweight sebanyak 3 kali. Siapakah budak gila tersebut ?, budak tersebut adalah MUHAMMAD ALI, jurulatih tersebut ialah Angelo Dundee, manakala juara dunia pada masa itu ialah Willie Pastrano, juara light heavyweight."
Muhammad Ali pernah berkata mengenai Dundee “Beliau tidak melatih saya kerana saya tidak memerlukan latihan, tetapi dia membimbing saya, dan beliau sentiasa ada di sisi saya setiap kali saya perlukannya.”
*Sebagai manusia biasa sememangnya banyak perkara mustahil yang mustahil untuk dicapai. Namun, setiap perkara yang mustahil boleh diatasi dan dicapai jika kita percaya diri kita ialah seorang yang tidak mustahil dalam mencapai sesuatu yang mustahil.
* “I’am the greatest… I said that even before I knew I was !!.”
~Cerita benar di atas diolah sendiri Otak Beku dot com bagi memudahkan kefahaman pembaca~ ^^,
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan