Tahukah anda…??
Kenapa makanan asasi kita nasi ??
Kalau anda seorang warga Melayu sejati cam admin, mesti anda rasa hilang nikmat hidup kalau tak makan nasi dalam sehari. Adakah anda tahu kenapa makanan asasi kita nasi ?, kenapa tidak keju, ‘cereal @ bijirin (nak tercabut dagu admin sebut ‘cereal’), mahu pun robot gundam ??, eerr…maksud admin gandum. Jadi admin senaraikan sebab nasi menjadi makanan asasi kita :
1.Budaya – Sejak dari kecil kita sudah diberi regim latihan memakan nasi 3x-6x sehari oleh mama-mama kita. Korang tak ingat ke mak korang selalu buat nasi kepal ?, pahtu terus sumbat kat mulut korang sampai terbeliak mata korang telan.
2.Senang dijumpai - kalau anda tinggal di kampung cam admin, nak nasi g belakang rumah je, cabut setangkai padi, lepas tu tumbuk dalam lesung, pahtu ambil beras terus masak. Tahukah anda padi berasal dari India (sungai Gangga & sungai Brahmaputra, dan disebarkan ke seluruh dunia termasuk kampung Otak Beku ni.hehe
3. Mengenyangkan – ‘Of korff lah’ …sebab karbohidrat yang terdapat dalam nasi berfungsi mengenyangkan perut anda yg ketul2 & ramping tu.
4.‘Pelbagai fungsi ‘– anda boleh guna nasi untuk buat beraneka makanan yg anda suka , contohnya bahulu beras, emping, atau putu bambuu (putu beras tu, kampung admin panggil putu bambu sbb dlm buluh). kalau korang tak cukup duit nak makan pizza, korang boleh wak pizza nasi, mahupun Kentaki Fried Rice ganti KFC tu. Anda tak percaya…??, cubalah, admin dah pernah………………………………………………..
5.Mudah dimakan dengan apa saja - Anda cakap je nak makan nasi tu dengan apa…anda boleh makan nasi dengan ayam, ikan, lembu, kambing, mahu pun tenggiling… cuma korang kena sediakan dua pinggan nasi, pahtu korang bagilah sepinggan kat binatang yg korang nak makan tu, makanlah sama-sama, jangan lupa Bismillah tau ??.hehe
~ Selain nasi, admin suka makan angin…Eerrkk..kenyang sungguh boleh makan angin..PrrUUttt…err…exkius
Tiada ulasan:
Catat Ulasan