"Di dalam kelas, di sebuah sekolah, terdapat lebih kurang 5 orang pelajar sedang bercita-cita untuk ponteng sekolah kerana mereka mempunyai visi yang besar kepada masa depan diri sendiri untuk tidak berjaya. Oleh itu, mereka telah merancang untuk ponteng sekolah bagi memastikan tanggungjawab mereka untuk melepak, menghisap rokok sambil berbincang bersama kawan-kawan mereka tentang masa depan mereka yang akan “gilang-gemilang” nanti.
Usaha mereka diteruskan dengan salah seorang daripada mereka berpura-pura ke tandas, manakala yang lain berpura-pura mengigau sambil berjalan keluar, dan tidak kurang juga menggunakan ilmu ninja pembahagi bayang yang mereka belajar daripada cerita Naruto. Apabila sudah cukup anggota tentera yang berkumpul di tempat rahsia yang ditentukan ketua platun, rancangan mereka diteruskan untuk mengatasi halangan terbesar dalam menjayakan misi mereka tersebut iaitu memanjat pagar sekolah setinggi 1 meter dan mempunyai dawai elektrik tersebut. Mereka telah bersiap sedia dengan segala kelengkapan iaitu sebuah beg yang berisi seluar jeans dan baju, di samping sedikit duit untuk menyewa teksi untuk ke "destinasi syurga" mereka nanti.
Dengan muka yang bersungguh-sungguh, akhirnya mereka semua telah berjaya memanjat pagar, dan hanya menunggu kaki mereka untuk melepasi “benteng neraka” bagi mereka itu. Namun, belum pun kaki mereka menyentuh “kawasan kebebasan” itu, sarjan Misai (guru disiplin) telah berjaya menangkap mereka dengan tentera-tenteranya (polis). Dengan muka “ayam berak kapur” mereka terpaksa menyerah diri kerana mereka sudah tidak boleh berbuat apa2 lagi. Cuma di fikiran mereka pada masa itu hanyalah sebatan rotan yang akan menyinggah di punggung mereka nanti. Tapi mereka silap kerana akhirnya mereka dihukum oleh hukuman yang mungkin dianggap orang luar sebagai ringan dan terbaik iaitu membaca al- Quran, namun bagaimana dalam pemikiran mereka ?. Adakah mereka menyukainya atau pun mereka sangat membencinya, hanya mereka yang tahu." – BerOtak Beku.
Persoalan : Adakah patut diberikan hukuman membaca al-Quran bagi membendung gejala ponteng sekolah ?.
Anda akan terfikir : Hukuman ini adalah “hukuman” terbaik dan berhikmah kerana dapat menyucikan hati remaja2 tersebut apabila mereka membaca al-Quran, daripada dirotan dan hukuman2 lain yang menakutkan mereka.
TAPI !!
Cuba anda fikir : Jika sebelum ini para pelajar akan takut untuk ponteng kelas kerana mereka akan dikenakan sebatan rotan. Sekarang, pelajar akan takut untuk ponteng kelas kerana mereka akan takut untuk membaca al-Quran. Jadi adakah kita akan menggunakan al-Quran sebagai medium untuk kita menakut-nakutkan para pelajar daripada ponteng kelas ?.
Adakah anda terfikir, mereka mungkin memikirkan al-Quran sesuatu yang menakutkan daripada sebatan rotan ?. Jadi, mereka tidak akan ponteng kelas kerana mereka takut dikenakan hukuman membaca al-Quran ???. Bukankah perkara tersebut akan memberi gambaran negatif oleh para pelajar terhadap al-Quran, dan juga Islam secara tidak langsung ??.
Jadi, bagaimana kalau kita mencari langkah untuk mencegahnya daripada merawat, dan wujudkan program membaca al-Quran kepada semua pelajar Islam sekali seminggu, mungkin ?. Bukankah langkah tersebut lebih baik ?.
Bagaimana pendapat saudara dan saudari yang bijak pandai ??. ^^,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan