Eksklusif : Temu bicara dengan encik
Gunung Vesuvius pemusnah Pompeii, syurga hawa nafsu !!.
Mungkin anda pernah terdengar tentang
kisah bandar Pompeii yang musnah dihancurkan oleh lava gunung berapi sehingga
hancur semuanya dan rakyatnya menjadi keras membatu, tapi tahukah anda
bagaimanakah kejadian sadis tersebut berlaku ??. Oleh itu, bagi mendapatkan
cerita sebenar, wartawan Otak Beku dot com telah ke Itali untuk berjumpa encik
Gunung Vesuvius iaitu sebuah gunung yang bertanggungjawab memusnahkan bandar
Pompeii. Ikuti temu bual antara Otak Beku dot com dengan encik Gunung Tersebut.
Otak Beku dot com
: OB / Gunung Vesuvius : Vesuvius
OB : Apa khabar bang ?, Sebelum kita
teruskan temu bual kita, boleh abg kenalkan diri abang dahulu ?.
VESUVIUS : Sihatlah jugak, Cuma sakit belakang
sikit ni. Well, nama abg Vesuvius asal Itali, abang ni anak sulung daripada 3
beradik (gunung Etna dan Stromboli), dan kalau ko nak tahu abanglah
satu-satunya gunung di Eropah yang meletus dalam tempoh seratus tahun lalu. Oh
ya, abang lupa nak cakap nama manja abang (Gunung Amaran).
OB : Garang betul nama manja abang ye ?.
Ok lah, kita terus kepada soalan pertama, ingatkah abang peristiwa abg menghancurkan Pompeii sehingga hancur semua bandar dan sangat sadisnya semua orang menjadi
batu dek penangan lava abang. Jadi,
boleh abang terangkan mengapa abang bunuh semua orang di situ tanpa sebarang
nyawa tertinggal ?
VESUVIUS : habis ko nak aku letak nama manja
aku gunung cinta ke ?, tak macho derr… pasal kaum Pompeii tu, bukan aku nak
bunuh sangat mereka tu, tapi ko tahu tak aku geram lame dah dengan orang-orang di Pompeii tu. Pompeii tu sebenarnya pusat pelacuran
terbesar di Itali dan mungkin di dunia pada masa tu, senang cerita rumah
pelacuran merata-rata, lebih banyak daripada rumah orang. Kat rumah pelacuran
tu pulak kalau ko tengok kat pintunya, bergantungan alat-alat kelamin lelaki
dengan saiz yang sebenar.
Ko tahulah tradisi mereka ni buat seks kat
tempat terbuka (ikut kepercayaan mithra), jadi yang buat aku sakit hatinya, air-air haram yang
terkeluar tu diaorang tumpahkan merata-rata je, kena kat kaki aku ni, mahu aku
tak marah ??. jadi aku keluarkanlah hingus aku (lava) masa diorang tengah buat
aktiviti terkutuk mereka tu. Ko tahu masa aku tumpahkan lava tu, takde
orang yang sedar pun, boleh katakan dalam sekelip mata je diaorang kena bakar
dengan lava aku, sebab tu korang
boleh tengok ada manusia yang jadi keras membatu dalam keadaan mereka lakukan
aktiviti seharian mereka. Dengan kepanasan lava aku yang tak seberapa ni pun
diaorang dah jadi batu, kalau kat neraka nanti tak tahulah jadi camne diaorang
tu. Nilah yang dalam al-quran katakan iaitu “kehancuran tiba-tiba”. Ishhh…geram aku bila teringat balik
peristiwa tu,
OB : Sabar bang, takut saya tengok abang
marah, menggelegak dah kepala abang tu. Jadi, selepas bandar pompeii tu dihancurkan
abang, masih ada lagi ke bandar yang berani buat perkara terkutuk tu sekarang ?.
VESUVIUS : Hahh… Yang ni buatkan aku lagi nak marah ni, ingatkan
lepas aku hancurkan Pompeii tu takde orang dah berani buat benda tu lagi,
rupanya ada lagi. Tu…
sebelah Pompeii ni, daerah Naples tu rupanya masih teruskan tradisi Pompeii.
Kalau korang nak tahu kepulauan Capri di Naples kini dianggap sebagai “syurga
homoseksual”. Aduh sakit kepala aku, tapi takpelah, ni aku tengah berkira-kira
nak hancurkan Naples pulak ni. Ikutkan hati, nak je aku hancurkan seluruh dunia
sebab ikutkan sekarang kerosakan moral makin menjadi-jadi.
OB : Jangan bang, saya belum kahwin lagi
ni, tunggulah saya berzuriat dulu.hehe… Okeh bang, soalan terakhir, apa nasihat abang kat manusia-manusia di
muka bumi ni?.
VESUVIUS : Kahwin dengan adik aku nak ??. Nasihat
abang Cuma sikit je, INGATLAH MANUSIA, BUMI SUDAH TIDAK KUAT,
MAKSIAT MAKIN MENINGKAT, ALAM MAKIN MELUAT, JADI TINGKATKAN AMALAN DAN
BERTAUBATLAH CEPAT-CEPAT, KERANA KIAMAT SUDAH DEKAT !!.
OB : OK bang saya akan sampaikan amanat abang,
ada apa-apa lagi tak abang nak cakap ?.
VESUVIUS : Takde apa-apa dah, cuma
kirim salam kat warga Otak Beku dot com, juga tak lupa kat admin Otak Beku ni.
Ko cakap kat dia, abang rindu ketat-ketat kat dia. Dahh… ko boleh blah…
Assalamualaikum w.b.t.
OB : Ya bang, Wa’alaikummussalam w.bt.
Sumber : KAUM-KAUM
YANG PUPUS (Harun Yahya)
~Semoga bermanfaat
~ ^^,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan