Khamis, 23 Februari 2012
Siapakah yg patut kita sayangi dahulu ?.
Pengalaman admin semasa di sekolah rendah pada tahun 90-an.
Di dalam sebuah perpustakaan di sebuah sekolah rendah, admin dan kawan-kawan admin diminta berkumpul di suatu sudut. Di tengah-tengah kumpulan itu, terdapat seorang guru perempuan(nama dan muka admin tidak ingat) untuk memulakan sebuah aktiviti.
Cikgu : Baiklah murid-murid, hari ni cikgu nak bagi teka teki yg best, korang nak tahu tak ?.
Murid-murid : Ya cikgu, kami tak nak !!.
Cikgu : Cikgu tahu korang mesti nak dengar teka teki ni kan ??. (tersenyum, sambil tunjuk tapak kasut tumit tingginya).
Murid-murid : Mestilah nak cikgu, kami tak pernah jemu dengar teka teki cikgu (buat muka seposen).
Cikgu : Baiklah, cikgu nak teka “siapakah yg patut kita sayang dahulu ?.”
Murid 1 : ibu bapa saya cikgu, sebab mereka sayang saya.
Cikgu : Betul Siti, tapi masih kurang tepat.
Murid 2 : Tuhan lah cikgu, sebab Dia yg ciptakan kita.
Cikgu : Ermm…betul, tapi masih kurang tepat.
Admin : Cikgulah, cikgu kan cantik walaupun hidung cikgu kembang !!.
~Dengan tiba-tiba, singgah buku lima cikgu atas kepala admin.~
Cikgu : Ada sape-sape lagi nak jawab ?.
Murid-murid : Tak tahu cikgu, apa jawapannya cikgu ?. (dengan muka yang ketakutan).
Cikgu : Ambil ni, korang tengok sendiri dalam cermin tu (sambil memberikan cermin kepada setiap murid).
Admin : Wahh… tiba-tiba timbul rasa riak saya bila tengok dalam cermin ni cikgu !!, hensem sungguh makhluk dalam cermin ni.
~Sekali lagi, buku lima cikgu singgah di kepala admin.~
Cikgu : KITA PATUT MENYAYANGI DIRI KITA DAHULU SEBELUM KITA MENYAYANGI ORANG LAIN SEBAB BILA KITA TIDAK SAYANG DIRI KITA, MAKA KITA TIDAK AKAN BERUPAYA SAYANGI ORANG LAIN. CONTOHNYA, KAMU KATA KAMU SAYANG IBU, TAPI KALAU KAMU TAK JAGA KESIHATAN KAMU, BAGAIMANA KAMU NAK TUNJUKKAN KASIH SAYANG KAMU KEPADA IBU KAMU?. ITU MENUNJUKKAN KAMU TIDAK SAYANG IBU KAMU BILA KAMU TAK JAGA KESIHATAN KAMU.
Admin : Ooo… jadi cikgu sayang saya lah ye ?, sebab sihat sangat saya tengok badan cikgu sekarang.
Cikgu : Ishh...budak bertuah ni…@^*&*%*#$@#
Admin : ^^,
~Moral : Sayangilah diri kita supaya Allah s.w.t sentiasa menyayangi kita !!.~ ^^,
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan