Khamis, 23 Februari 2012

Inilah dia Supersotong !!.


Mungkin anda pernah tengok tupai terbang, ular terbang, mahu pun orang terbang, tapi pernahkah anda melihat sotong terbang ?. Ya, sotong yang boleh terbang. Menarik bukan ?. Selama ni kita pernah tengok sotong yang berenang di lautan je, atau anda selalu tengok “sotong” yang berjalan dengan lemah lembut di daratan (cuba anda teka sotong apa tu ??).

Sotong yg OB maksudkan ialah Sotong jenis Ommastrephidae yang sememangnya anak beranak Sotong.


Untuk itu, admin sediakan sedikit info-info dan fakta tentang sotong-sotong ni :

1.Sotong terbang ni terbahagi kepada 3 sub-keluarga, 11 genus (kumpulan), dan lebih daripada 20 spesis.

2. Boleh ditemui di lautan Jepun, Korea, China, sehinggalah ke Rusia, Alaska, Kanada, dan juga sekitar lautan Vietnam.

3. Sotong ni terbang dengan menghembuskan air untuk keluar daripada laut dan menggunakan siripnya yang comel tu untuk seimbangkan badan mereka semasa tengah terbang.

4. Boleh terbang setinggi 50 meter dan secara tetap (maknanya boleh berada di udara selama beberapa minit, mungkin).

5.Sebab utama beliau terbang adalah untuk melarikan diri daripada pemangsa.

6. Jangka hayat paling lama adalah setahun.

Sumber : Picit saya

~Walau bagaimanapun, “sotong” di daratan ialah Supersotong kerana bila keadaan terdesak mereka akan mempunyai kekuatan Superman.kui2~ ^^,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan