Khamis, 23 Februari 2012

Anda kerap gugup ?.


Tahukah anda…??

Petua menghilangkan rasa gugup di hati anda yg gundah gulana…

Pernahkah anda berasa gugup bila berhadapan dengan sesuatu situasi ??. anda gugup bila berhadapan dengan penemuduga, anda gugup semasa anda tengah tunggu angka giliran masa nak ambil duit kat bank, anda gugup bila seseorang kenyit mata kat anda (padahal mata orang tu terlekat contact lens), mahupun anda gugup nak like Otak Beku ??(Ohh…tidak !!). Sekarang Otak Beku nak tolong anda hilangkan rasa

gugup tersebut. Caranya adalah, anda perlu menggunakan Clorox untuk mencuci jantung anda yg berdebar tu, “konfem” hilang gugup & putih je jantung anda.heh…gurau je. Caranya adalah membaca ayat suci ni :

رَبِّ اشْرَحْ لِى صَدْرِى * وَيَسِّرْ لِى أَمْرِى * وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسانِى * يَفْقَهُوا قَوْلِى

Admin selalu amalkan ayat ni bila admin berhadapan dengan sesuatu situasi, contohnya masa admin jadi Matador(lawan lembu ganas tu) masa zaman koboi dulu2. Admin tak berdebar pun bila berhadapan lembu-lembu ganas tu, siap kena tampar lagi lembu tu ngan admin. Yelah… lembu arwah atok admin, memanglah jinak. Tihihi…

*Doa di atas ini adalah doa Nabi Musa apabila tiba saat untuk baginda berhadapan dengan firaun bagi memberi peringatan dan menyeru firaun tersebut kepada Allah s.w.t.

~Ibu kepada segala ubat adalah ayat suci Al-Quran, ingat tu saudara saudari sekalian, bukannya panadol tahu ??.~ ^^,

P/s : Sejujurnya memang admin mengamalkan ayat ni, Alhamdulillah memang mujarab dan berkesan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan