Khamis, 23 Februari 2012

Kontroversi Imam Al-Ghazali.





Kontroversi Imam Al-Ghazali !!.

Imam Al-Ghazali dilahirkan di Thus,Parsi pada tahun 450 hijrah.Beliau dikenali sebagai antara ulama yng yang mempunyai pemikiran yang tajam dan diberi gelaran Hujjatul Islam. Imam Ghazali menghasilkan lebih 300 buah buku yang mengandungi pelbagai cabang agama seperti fiqh,mantik,falsafah dan banyak lagi.

Oleh kerana ketinggian darjat keilmuan beliau,beliau telah dilantik sbgai Mahaguru Universiti Baghdad. Apa yang menjadi persoalannya adalah Imam Ghazali telah mengeluarkan fatwa yang mengkafirkan orang yang

belajar ilmu falsafah.kenapa..?.adakah pelajar2 muslim universiti yg telah belajar ilmu falsafah yg banyak di ajarkan di universiti telah kafir dek lantaran fatwa Imam Ghazali..?

Pada zaman Al-Ghazali, bidang Falsafah berkembang dgn begitu hebat dan ilmu falsafah2 asing mula mempengaruhi orang-orang Islam pada masa itu.Untuk mengelakkan masyarakat tidak terus hanyut dengan falsafah akal semata2, Imam Al-Ghazali telah mengambil tindakan yang drastik agar Ilmu Falsafah diharamkan, hatta beliau sendiri yang mendalaminya.

Sumbangan beliau amat besar kpd umat Islam kerana beliau adalah individu yang menyelarikan falsafah dengan syariat Islam dan mencela orang yang melebihkan akal melewati syariat.

Antara tokoh-tokoh ahli falsafah Islam yang terkenal tetapi telah dikafirkan oleh Al-Ghazali ialah Ibnu Sina(bapa perubatan Islam) dan Al-Farabi(bapa muzik-“individu pertama yang mencipta korus dalam lagu ,juga yang pertama mencipta gitar"). Alasan Al-ghazali walaupun sumbangan mereka besar kepada dunia tetapi dari sudut ilmu Falsafah mereka telah menyeleweng daripada falsafah Islam yang sebenar dan falsafah mereka terlalu dipengaruhi oleh Falsafah Aristotle dan Plato iaitu bapa falsafah Greek Yunani.. .
والله عالم

Tiada ulasan:

Catat Ulasan