Khamis, 23 Februari 2012
Marilah kita “MENGEMBARA LAGI” !!.
"Mengembara lagi"
Hajat di hati mahu menangis,
Bila tiba saatnya mengenangkan akan nasib diri,
Namun perlukah ku serapuh itu untuk menunjukkan kelemahan diri kepada alam ini,
Lebih-lebih lagi kepada diriku sendiri.
Mahu berjaya bila sudah tidak berdaya, mahu bernyawa bila sudah dianiaya,
Masa, waktu, dan tika kini sudah tidak mencemburui diriku lagi,
Tapi, langkah ini tetap terus memburu waktu,
Taktala simpang di masa depan semakin bersimpang,
Masih di sini daku menyepi dan berdiam.
Bila takdir diserahkan kepada nasib,
Maka, terpanalah daku akan hasil acuan dan adunan masa.
Hati makin luluh andainya mereka masih bertanya,
Menjadi pengemiskah daku ?, si pengaiskah daku ?,
Terlalu mudah untuk menunding, tapi bukan yang ditunding.
Terdetik di hati, bila setiap musabab adalah untuk yang terjadi,
Hidup ini kembali ku cari, ku capai lagi keyakinan diri,
Mungkin saja takdir ku dua tiga detik dari waktu lagi,
Jadi, aku perlu bersedia, bersedia untuk mengembara lagi.
~Nukilan Otak Beku dot com~ ^^,
*Hak cipta terpelihara.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan