Ahad, 26 Februari 2012

Penyelamat nyawa laptop.


Cuba bayangkan anda berada di perpustakaan, atau di mana sahaja yang anda mahu bayangkan, dan masa tu anda tengah menggunakan laptop, anda tengah chatting atau main facebook, mungkin ??. anda dah cuba bayangkan ?. Okehh…bayangkan sekarang laptop anda tiba-tiba kehabisan bateri, charger pulak lupa nak bawak. “Aduhh… masa nilah pulak bateri habis power, demmm r !!… aku baru tengah syok chatting dengan Neelofa ni !!.”

Geram bukan bila perkara tersebut berlaku kat kita kan ??. TAPI SEKARANG TIDAK LAGI !!, memperkenalkan produk terbaharu Otak Beku dot com, Eerr… maksud admin produk Voltaic iaitu Beg Galas Bersolar untuk mengecas apa-apa peranti mudah alih seperti laptop, telefon bimbit, mahupun bateri kereta(tipu je.hehe).

Beg galas ini ini mengandungi 2.0 watt solar panel yang menjana kuasa daripada cahaya matahari, kalis air, ringan dan tahan lasak. Untuk mengecas beg tersebut, anda hanya perlu letakkan beg tersebut di bawah cahaya matahari selama 4-5 jam, dan boleh terus dicajkan kepada gajet-gajet anda. Harganya adalah semahal $229 (RM 694.79).

Anda mahukan beg ini ??, beli jelah, tapi admin tak tahu kat Malaysia ada ke tak. Kalau ada, hadiahkanlah kat admin satu beg.tihihi…

~Admin terfikir, kan bagus kalau ada “CELL PHONE TOP UP BERSOLAR”. Habis kredit je, jemur je telefon tu bawah matahari. Dapat Top Up RM 5 pun takpe dah.hehe…~ ^^,

Sumber : Picit saya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan