Khamis, 23 Februari 2012

Lesung Batu Ajaib !!.



Tahukah anda…??

Saudara kita ni, Mohd Hazirul Hisham telah membeli sebuah lesung batu dengan harga RM3,250 melalui laman online. Lesung batu yg dipercayai berteknologi tinggi tersebut diyakini dapat memudahkan tugas beliau untuk membantu suri-suri rumah di seluruh Malaysia dalam menyiapkan kerja-kerja dapur. Bagaimana caranya??. Caranya senang saja, En. Mohd Hazirul akan mengetuk lesung batu itu sebanyak 3 kali, dan secara automatiknya segala masakan-masakan yang difikirkan oleh semua suri rumah di seluruh Malaysia untuk dihidangkan kepada keluarga masing-masing akan terhidang dalam sekelip mata di atas meja makan, termasuklah di depan Juan Mata, pemain bola sepak Chelsea (arghh…takde kena mengena langsung !!).

Berita sebetulnya - “JOHOR BAHRU: Seorang kakitangan swasta yang membeli tiga telefon bimbit dengan harga RM3,250 secara dalam talian terkejut apabila hanya menerima lesung batu berharga RM14.50, sehari selepas melunaskan pembayaran…bla..bla..bla…

~Internet memang tak boleh dipercayai seandainya anda tiada ilmu internet yg mencukupi, tapi !, anda boleh mempercayai semua info, fakta, berita, mahu pun petua-petua yang diberikan Otak Beku dot com kerana OB mendapatkannya daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai, malah daripada pengalaman OB sendiri. OB tidak akan sesekali menipu anda melainkan olahan-olahan lawak yg dihasilkan untuk menghiburkan warga Otak Beku sekalian !!.~ ^^,

Sumber : Picit saya 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan