Khamis, 23 Februari 2012

Ombak Rindu Tsunami kembali !!.



Tahukah anda…??

Ombak Rindu Tsunami kembali menghantar surat cinta amarannya kepada Indonesia apabila beliau telah bertindak menghadiahkan ‘bunga-bunga gempa bumi cinta’ kepada Pulau Sumatera. Menurut penghantar surat dari pejabat Pos siasatan kaji bumi U.S, bunga-bunga gempa tersebut berukuran magnitud 7.3, dan hadiah tersebut telah dihantar pada awal hari rabu kelmarin(11 jan 2012), tepat pukul 10.38 malam atau 9.38 malam mengikut waktu Malaysia.

Kita boleh lihat betapa kuatnya amaran cinta Tsunami tersebut melalui gempa-gempa yang berlaku di sekeliling kita yang sebenarnya datang daripada cinta hakiki tuhan pencipta kita, Allah s.w.t untuk menguji kita, sebelum diberikan-Nya kepada kita kemenangan yang mutlak kepada mereka yang berjaya menghadapinya. Lihat saja gempa bumi yang kerap berlaku di Indonesia, banyak sekali berlaku kerosakan dan kematian akibat bencana alam tersebut. Adakah ini tanda-tanda kiamat sudah dekat dengan kita ??. 

~Sama-samalah kita berdoa semoga kita sentiasa dalam rahmat dan perlindungan-Nya~^^,

Sumber : Picit saya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan