Khamis, 23 Februari 2012

Kontroversi pokok buah tunjuk langit !!.




Kontroversi pokok buah tunjuk langit !!.

Anda pernah dengar tentang pokok buah tunjuk langit ?, atau pernah lihat buahnya camne ?. Kalau anda pernah tengok pokok tu, buahnya seolah-olah menunjuk ke langit, tak seperti pokok-pokok lain yang suka menunjuk-nunjuk buahnya kat budak-buadak nakal yang tengah tunggu kat bawah. Buah pokok ni begitu unik, OB tengok pon nak tergelak. Buah batu testis kambing yang OB post pun tak sepelik ni(dalam FB page). Korang tak terfikir ke kenapa buah-buah pokok ni asyik tunjuk ke langit ??.

Daripada cerita orang-orang tua dulu-dulu, pokok ni dulu ditanam oleh seorang Panglima perang zaman Hang Jebat dulu-dulu tu, dan pokok ni juga seperti pokok-pokok lain yang ‘mengandungkan’ buahnya secara normal. Pokok ni mula-mula ditanam oleh panglima perang(identiti dirahsiakan) tersebut di halaman rumahnya untuk dijadikan landskap rumahnya, di samping dijadikan tempat persembunyian Panglima tersebut apabila ceti-ceti haram mai mintak hutang.. kalau anda nak tahu, pokok ni dulu dipanggil “Pokok menyembah tanah” disebabkan semua dahan-dahannya jatuh ke tanah. 

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari, ketika Panglima tersebut tengah baring-baring kat luar rumah beliau sambil mengira gula-gula beliau yang hilang dicuri semut mayat, tiba-tiba beliau terdengar ranting pokok patah di halaman rumah beliau. Intai punya intai, rupa-rupanya pak Imam tengah memanjat pokok tersebut untuk mengambil buah kat pokok tu tanpa pengetahuan Panglima tersebut. Dengan marahnya Panglima tu sampai terkentut-kentut, panglima tersebut terus menjerit kat pak Imam tu, “Woiii !! pak Imam tahi lalat !!(pak Imam tersebut ada banyak tahi lalat kat muka), baik kau turun, kalu tak aku tak bagi duit kutu kau !!.” Disebabkan terkejut dengan jeritan panglima tu, kain jubah pak Imam tersebut terangkat disebabkan suara Panglima Perang tu terlalu kuat, termasuklah pokok tu sampai habis semua dahan-dahan, termasuk buah-buahnya yang menyembah bumi terangkat seperti yang anda boleh lihat sekarang. Secara tak langsung, bermula daripada cerita inilah wujudnya peribahasa “terkejut beruk”. Sekian.

~Buah pokok tunjuk langit ni orang kata pahit, tapi mujarab sebagai ubat. Ntahla, OB pon tak pernah rasa.heh..~ ^^,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan