Khamis, 23 Februari 2012

Disimbah lava Gunung Berapi !.



Berita gempar : Beribu2 udang disimbah lava gunung berapi sehingga buta akibat cemburu buta !!.

Gempar !!. Baru-baru ini, beribu-ribu udang jantan yang belum diketahui spesisnya telah dibutakan oleh sekumpulan udang karah jantan dipercayai akibat cemburu yang men'udang' buta. Tragedi ngeri tersebut berlaku akibat fitnah daripada seekor sotong kurita yang menyatakan beliau telah melihat seekor udang karah betina sedang menyuap lumut ke dalam mulut udang jantan dari spesis yang lain di dasar laut yg tidak diketahui lokasinya. Akibat bengang dengan fitnah tersebut, suami kepada udang karah betina itu telah mengupah sekumpulan kongsi gelap udang karah yang ternama iaitu “Geng udang Karah 3 bucu” untuk membelasah udang tersebut termasuk ahli anak beranak mereka.



Geng Udang Karah 3 bucu tersebut ternyata menggunakan taktik yang amat keji apabila mengumpan udang-udang tersebut ke dalam sebuah lubang besar yg dimomokkan tempat itu sebagai kelab malam. Umpama “tahi udang yang tidak berbau”, rupa-rupaya lubang tersebut adalah lubang sebuah gunung berapi. Tanpa sempat udang-udang tersebut mengucap, mereka telahpun ditenggelami lava gunung berapi sehingga kemerahan badan-badan mereka, dan lebih teruk lagi mata-mata mereka terus buta. Sungguh sadis tragedi tersebut. – Agensi Otak Beku dot com

*Cerita tak tipu – Baru-baru (10.1.2012) ni, saintis telah membuat pengumuman yang mereka telah menjumpai spisis udang terbaharu yang belum diketahui lagi spisisnya di dalam sebuah lubang gunung berapi di lokasi rahsia di lautan Carribean. Spisis udang yang dipercayai bermata buta tersebut adalah hasil pertemuan daripada ekspedisi yang dilakukan mereka pada tahun 2010.


Kajian tersebut diketuai oleh seorang ahli geokimia marin Pusat Kelautan Kebangsaan Britain, James Cook dan Jon Copley seorang ahli biologi marin daripada Universiti Southampton. Mereka menjumpai udang-udang tersebut secara tidak sengaja semasa mereka melakukan ekspedisi di kepulauan Cayman untuk mengkaji lubang gunung berapi tersebut dengan menggunakan sebuah kapal selam. Selain daripada spisis udang terbaharu tersebut, mereka juga telah menjumpai spisis terbaharu siput dan juga beberapa jenis amfibia.

~Kesian kan udang tersebut kena simbah lava gunung berapi lagi. Tapi baik simbah lava gunung berapi daripada simbah asid. Disimbah lava mati terus, senang cerita daripada disimbah asid, merana seumur hidup. Tihihi…~ ^^,

Sumber : Picit saya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan