Ahad, 26 Februari 2012

Pakaian paling unik di dunia !!.


Tahukah anda…??

Pakaian paling unik di dunia !!.

Anda pernah lihat Orang Asli daripada negara Papua ?. Mungkin anda pernah lihat walaupun bukannya secara langsung di depan mata. Namun ada sesuatu yang menarik minat admin terhadap Suku kaum Asli ni, iaitu pakaian mereka tu. Gambar tu lah, nampak macam peralatan memburu @ alat muzik je kan ??…tapi sebenarnya alat tu adalah pakaian yang digunakan untuk menutup kemaluan mereka. Dah lama admin

tertarik dengan pakaian mereka ni, PERKASA JE NAMPAK.hak2…

Akhirnya, dengan usaha tekun admin, berjaya gak admin cari sumber pakaian unik orang2 Asli ni. Nama pakaian tu adalah KOTEKA, digunakan oleh beberapa suku kaum di Papua. Koteka ni membawa maksud “pakaian” mengikut bahasa salah satu suku di Paniai. Persoalannya !!, koteka tu diperbuat daripada apa ??, admin ingatkan daripada tanduk, maklumlah nampak keras dan tajam je.hehe… Rupa-rupanya, koteka diperbuat daripada BUAH LABU AIR !!.

Cara nak buatnya senang je, mula-mula ambil sebiji labu yang sudah tua, keluarkan isi dan bijinya, lepas tu jemur sehingga kering, dan proses seterusnya admin tak mahu beritahu, nanti ada yang buat nanti.kah kah…

Koteka ni sudah dipakai oleh orang-orang Asli sejak turun temurun, dan hanya digunakan oleh kaum lelaki je tau ??. Budak lelaki yang dilahirkan apabila sudah menginjak pada usia 5-13 tahun, mereka diwajibkan memakai koteka sebagai pakaian rasmi suku kaum mereka. Untuk makluman anda semua, kaum lelaki yang memakai koteka ini sebenarnya amat diminati oleh kaum-kaum hawa daripada suku orang Asli tersebut. Wuuu…

Walau bagaimanapun, kepada kaum lelaki di Malaysia ni, janganlah pula bertindak berani memakai koteka semata-mata untuk memikat gadis-gadis manis idaman anda semua tu. tihihi… ^^,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan