Ahad, 26 Februari 2012

Kelapa terbesar di dunia !!.



Tahukah anda…??

Kelapa terbesar di dunia !!.

Kita sudah biasa tengok buah kelapa yang biasa digunakan mama-mama kita untuk membuat kari, kuih muih, mahu pun digunakan oleh anda untuk bermain congkak. Biasa je kan tengok buah kelapa tu, tiada apa yang nak dihairankan, tapi tahukah anda…?? Di dunia ini terdapat buah kelapa yang paling besar di dunia, beratnya boleh mencapai 30 kilogram !!. ringan je kan ??. Kalau setakat 30 kilogram ni, OB main jentik-jentik je.hehe… Kelapa yang besar ini dikenali sebagai COCO DE MER atau juga dikenali sebagai Kelapa Laut. “ Kelapa Laut ??, tapi saya tengok kelapa laut yang dijual tepi jalan kecik-kecik je admin !!.”. Bukan kelapa laut tu laa... kelapa laut yang biasa kita tengok tu diambil dari negara India, Myanmar, Kemboja, dan Thailand. Yang tu kecil je.. Yang OB maksudkan ni adalah kelapa gergasi !!. Anda nak tahu lebih lanjut tentang buah ni?, mari kita siasat !!.

Coco De Mer ni berasal Pulau Praslin dan Pulau Curieuse di Seychelles, dan pokok ini tidak pernah tumbuh di kawasan lain selain Seychelles. Walau bagaimanapun, spisis ini telah mengalami kepupusan akibat anak-anaknya telah diculik oleh sindiket menjual bayi di pasaran gelap oleh sebab mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran gelap. Oleh itu, kerajaan Seychelles telah melakukan  langkah drastik dengan mengeluarkan undang-undang bagi melindungi spisis ini, dan juga membantu memperbanyakkan keturunan pokok kelapa ini dengan menanggung segala kos perkahwinan (penanaman) mereka.

Persoalan : Mengapa buah Coco De Mer ini hanya terdapat di negara kepulauan Seychelles sahaja ?, mengapa tidak di kawasan-kawasan lain, macam kat padang pasir di negara-negara Arab ke?.

Jawapannya : Anda dah tahu buah kelapa ini berat ?. jadi, itulah jawapannya, walaupun buah kelapa ini boleh terapung tapi tidak lama kerana faktor keberatanya atau mungkin sabut kelapa tersebut terlalu nipis menyebabkannya cepat tenggelam. Jadi, tak hairanlah, kebanyakan orang hanya menjumpai buah-buah yg reput di permukaan laut.

Sedikit biodata Coco De Mer :

Saiz buah : Diameter ukuran buah yang matang antara 40-50 cm.

Berat : 15-30 kilogram

Tahap kematangan : memerlukan 6-7 tahun untuk matang dan 2 tahun selepas itu untuk bercambah

Sifat : Pokok kelapa ini adalah bersifat diesius yang bermaksud mempunyai organ jantan dan betina yang berasingan.
2     
Coco De Mer jantan atau bunganya.


Keunikan : Buahnya seolah-olah berbentuk PUNGGUNG PEREMPUAN !!. kenapa tidak punggung lelaki ??. maklumlah, orang pertama yang menjumpai buah tersebut adalah kelasi (kebiasaannya lelaki), jadi tak hairanlah diberi gambaran seperti itu. Lagi pun, orang lelaki, imaginasinya melampau-lampau tingginya. Kui2…

~kepada yang nak berkahwin nanti, silalah cari kelapa ni, senang sikit nak buat kerisik. Sebiji dah boleh buat gulai daging dua kawah.tihihi~ ^^,

Sumber : Picit saya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan