Rabu, 29 Februari 2012

Adakah mati kita sama ??.



Adakah mati kita sama ??.

Di dunia ini, kita dapat saksikan pelbagai wajah, karakter, dan pelbagai golongan manusia, ada yang kaya, miskin, dengan pelbagai ragam mereka. Juga, melalui mata kasar kita, dapat kita lihat terdapatnya  orang yang cantik, dan juga orang yang hodoh. Di dunia, si cantik dirasakan begitu bertuah mempunyai fizikal yang sempurna, manakala si jelik dirasakan begitu malang kerana dikurniakan fizikal yang tidak sempurna. Namun, apabila matinya kita semua, sama ada kita seorang yang cantik, mahu pun yang hodoh, adakah kita semuanya akan sama ??. Memang betul kita akan memasuki kubur daripada tanah yang sama, dikafankan dengan kain dengan warna yang sama, iaitu putih, seputih hati si anak kecil yang baru dilahirkan, Namun adakah matinya kita akan sama ?.


Dari mata kasarnya, sememangnya kita akan menuju ke tempat yang sama apabila kita mati nanti. Namun hakikat sebenarnya, mati kita tidak sama dan tidak akan pernah sama. Mengapa tidak sama ?. bukankah jasad kita nanti juga akan kembali menjadi tanah ?. Ya, memang betul, tapi begitulah hakikat sebenarnya, sabda Rasulullah s.a.w Apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat, doa anak – anak yang soleh.

“Tapi, bukankah semua tu tak dapat menghalang kita daripada kematian !!.”. Betul, memanglah sedekah kita, ilmu, doa anak-anak yang soleh tak dapat menghalang kita daripada kematian. Mengapa ??, kerana MATI ITU ADALAH PASTI !!, namun, amalan-amalan tersebutlah yang dapat membezakan kematian kita dengan kematian orang lain. Kita ambil contoh mudah berkenaan ILMU YANG MEMBERI MANFAAT, apabila kita dapat mengajar seseorang membaca walaupun A,B,C sekalipun, kita sudah mendapat banyak pahala kerana mungkin daripada apa yang kita ajarkan itu dapat digunakan dan membantu orang itu untuk berjaya kemudian hari. Dan kita mesti ingat, ORANG YANG BERILMU ADALAH ORANG YANG PALING MULIA DI SISI ALLAH S.W.T. Jadi, sudah tentu kita akan berbeza apabila kita mati kelak.

Oleh itu, sementara kita masih hidup di alam dunia ini, perbanyakkanlah sedekah dan mencari ilmu. BERSEDEKAHLAH SEKADAR YANG ANDA MAMPU, WALAUPUN 1 SEN SEKALIPUN, InsyaAllah amalan anda akan diambil kira, juga belajarlah ilmu apa-apa pun, asalkan tidak menyimpang daripada agama, tidak semestinya ilmu agama semata-mata. Apabila kita berilmu, ilmu itu akan memberi manfaat kepada diri sendiri, juga secara tidak langsung dengan ilmu tersebut, mungkin kita dapat menjadikan anak-anak kita sebagai anak-anak yang soleh !!.

~Admin tengah mengajar anak saudara admin main congkak ni. Manalah tahu anak saudara admin boleh jadi juara dunia lumba basikal nanti !!.~ ^^,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan