Rabu, 22 Februari 2012

Kes Cerai Talak yg hangat



Tahukah anda...??

En. Bank Negara Malaysia telah merujuk kembali Puan not RM20 setelah melafazkan talak satu 16 tahun dahulu. OB difahamkan BNM amat menyesal menceraikan RM20 kerana ketiadaan Puan RM20 telah menyusahkan orang ramai berurus niaga, kerana RM20 sebelum ni ternyata memainkan peranan penting dalam menjadi perantara yang menghubungkan jurang darjat antara RM0 dan RM50. Dalam pada masa yg sama, Puan RM20 dan madu-madunya iaitu RM1, RM5, RM10, RM50, dan RM 100 telah membuat keputusan 
untuk berubah wajah dengan warna dan corak yang lebih menarik di samping meningkatkan ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan bagi memastikan en BNM sentiasa sayang dan tidak lagi bertindak menceraikan mereka seperti yang berlaku kepada RM 2 dan RM20 sebelum ini, disamping menghalang mereka daripada menjadi mangsa perogol bersiri, iaitu Awang Hitam(black Money). Proses merujuk tersebut telah dilakukan di hadapan bapa mertua BNM iaitu Datuk Seri Najib Razak di Sasana Kijang, Kuala Lumpur sambil disaksikan besannya iaitu Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz pada 21 Disember 2011.

~Cantik juga OB tengok yg pakai cermin mata tu..Eerr...maksud OB not RM20 tu.hehe~^^,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan