Isnin, 12 Mac 2012

Misteri Extremophile !!.



Beritahu OB apakah binatang yang boleh hidup dalam takat didih air yang tinggi atau di bawah takat beku. kambing ?, jengking ?, kura-kura, atau siput sedut ??. Salah, semuanya salah kerana tiada seekor binatang pun di dunia ni yang boleh hidup dalam keadaan begitu, kecuali makhluk ini  iaitu EXTREMOPHILE. Apa itu Extremophile ?? seekor binatang berkaki empat kah ?. bukan…bukan… Extremophile bukan seekor binatang, tapi adalah sejenis organisma iaitu bakteria. Kalau anda nak tengok bakteria ni kenalah pakai mikroskop sebab Extremophile ni kecik dan halus, tapi ternyata tidak secomel Otak Beku.hihi. 

Kalau anda nak tahu, Extremophile ni terdapat dalam pelbagai jenis. Tak payahlah OB nak beritahu jenis-jenisnya, sebab banyak jenisnya, lagipun bukan korang tahu pun, apa lagi OB yang memang “sentiasa tak tahu” ni. Walaupun Extremophile ni boleh hidup dengan aman dan damai dalam suhu yang melampau panas dan sejuk, namun yang menariknya masyarakat extremophile ni tidak boleh beranak pinak (berkembang) jika mereka hidup dalam suhu normal seperti suhu kita sekarang !!. Jadi, ada kelemahan juga extremophile ni ya ?.

Disebabkan terlalu banyak jenis Extremophile, jadi OB nak ceritakan sejenis sahaja Extremophile iaitu Hyperthermophile. Hyperthermophile ni kalau anda nak tahu, banyak ditemui di kawasan yang mempunyai takat didih yang tinggi iaitu boleh mencapai 100 °C dan kadar keasidan yang tinggi di bawah daripada pH 3, dan semestinya makhluk ini hanya terdapat di dalam kawasan gunung berapi terutamanya di kawasan tasik yang berasid sahaja

Namun, mengikut kajian terbaharu yang dilakukan, Hyperthermophile didapati boleh hidup pada takat suhu yang lebih tinggi daripada 100 °C iaitu pada suhu 130 °C. Jadi, jika diikutkan pada kajian tersebut, mungkinkah mikroorganisma ini boleh hidup pada suhu yang lebih tinggi, antara 200 °C sehingga 300 °C ?. Walau bagaimanapun, para pengkaji berpendapat, besar kemungkinan tiada hidupan yang boleh hidup pada suhu 300 °C. Hhmm…tapi kalau dah boleh hidup lebih daripada suhu 100 °C dah kira hebat tu. Korang kena air suam sikit pun dah menangis… tak macam OB, kena air panas bagi OB biasa je, cuma kena masuk wad 2 hingga 3 hari je.

Apa lagi yang menarik tentang Hyperthermophile ni ??. Yang menariknya adalah mikroorganisma ini hanya memerlukan oksigen atau air yang sangat minimum. Habis tu, menarik ke ?. Memanglah menarik, sebab hasil kajian ini memberikan kita petanda bahawa tidak mustahil ada hidupan di planet yang lain yang minimum oksigen dan airnya. Bayangkan kemungkinan untuk kita hidup di planet lain jika kita dapat mencari punca yang menyebabkan makhluk ni boleh hidup pada persekitaran ekstrem tersebut.

Jadi, apa manfaat yang kita boleh dapat daripada Hyperthermophile ni ??. Tahukah anda, dalam setiap hidupan terdapatnya ENZIM. Apa itu enzim ?. Enzim ialah sejenis protein yang terdapat dalam semua hidupan termasuklah sayuran. Enzim memainkan peranan penting dalam proses metabolisme dan pelbagai perubahan kimia dalam badan supaya sistem tubuh dapat berfungsi dengan sempurna. Anda sudah tahu bahawa Hyperthermophile  boleh hidup pada suhu yang tinggi bukan ?, jadi bayangkan pula enzim yang terdapat dalam Hyperthermophile ni, mestilah enzim tersebut juga mempunyai daya tahan yang sama tinggi dengan bakteria tu. Jika apa yang difikirkan OB ni betul, maka kita boleh menggunakan enzim dalam bakteria tersebut untuk kepentingan manusia seperti dalam industri makanan dan minuman, dan ternyata para pengkaji di Jepun sedang mendahului kita kerana pada masa sekarang mereka sedang giat melakukan kajian terhadap Hyperthermophile  ini.

Hebat bukan ??. Jadi, seperti yang OB beritahu tadi, Hyperthermophile  hanya terdapat di kawasan yang bersuhu tinggi seperti di kawasan gunung berapi terutamanya di tasik yang berasid, jadi rasa-rasa OB, makhluk tersebut tidak mungkin terdapat di Malaysia kerana kita tidak mempunyai Gunung Berapi yang aktif seperti di negara Indonesia. Walau bagaimanapun, kita tidak perlu cemburu dengan mereka kerana Allah S.W.T pasti memberikan sesuatu yang bersesuaian dengan kita, mungkin juga yang lebih baik. Kita tidak tahu, kerana hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kita.

Sumber : Picit saya

~Sebenarnya banyak lagi info yang menarik tentang Extremophile ni, tapi OB faham mesti korang tak minat nak baca kalau panjang sangat artikel ni. Cuma, OB harap pengetahuan kita semakin bertambah dengan penghasilan artikel-artikel daripada Otak Beku dot com, dan yang paling penting membantu anda lebih berminat untuk membaca !!.~ ^^,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan