Ahad, 18 Mac 2012

Rahsia lawan arah jam



Anda rasa tidak bersemangat hari ini ?. rasa hidup tidak tenteram ??. jadi, imbas kembali apa yang telah berlaku pada pagi tadi. Adakah anda membuat sendiri minuman anda waktu pagi tadi ? atau pun isteri atau mak anda yang buatkan ?. Cuba anda perhatikan bagaimana isteri atau ibu anda membancuh minuman tersebut. Adakah mereka mengacau secara berarah mengikut arah jam atau secara berlawanan dengan arah jam ?. “Habis tu, ada kena mengena ke cara bancuhan air dengan masalah yang saya hadapi, OB ?. Saya sembelit pagi tadi, susah hati betul sekarang.” Yang tu memanglah takde kena mengena dengan cara bancuhan minuman ni. Keadaan yang OB maksudkan adalah berkaitan dengan dalaman anda, seperti semangat anda contohnya.

Tahukah  anda, menurut pakar metafizik, pergerakan yang berlawanan dengan arah jam akan menghasilkan TENAGA POSITIF, dan begitulah sebaliknya. Jika kita perhatikan setiap kejadian Allah S.W.T, semuanya bergerak berlawanan arah jam. Anda tak percaya ??. Jadi, OB akan menunjukkan buktinya.



1. Ka’abah – Dalam Islam, seseorang yang akan melakukan tawaf perlu bergerak dari kanan ke kiri ke kiri sebanyak 7 kali ?. Kenapa ?. kerana itulah fitrah alam (semula jadi). Kenapa 7 kali ?. kerana itulah pilihan Allah S.W.T. Jika anda tidak tahu, banyak kejadian di alam ini berkait dengan angka 7, contohnya seperti penciptaan Langit sebanyak 7 lapis, dan juga penciptaan 7 malaikat sebelum bumi dicipta selama 7 hari pula selepas itu.


2. Setiap planet termasuklah bulan mengelilingi matahari mengikut orbitnya (laluannya), adalah mengikut lawan arah jam.



3. Di dalam badan kita terdapat Sitoplasma (cairan dalam sel) mengelilingi sel (ruang-ruang kecil yg dipisahkan oleh suatu dinding) adalah bergerak berlawanan dengan arah jam.



4. Puting beliung juga berpusar mengikut lawan arah jam. OB dah jumpa puting beliung, tapi anak dia je.hihi… Memang berpusar berlawanan dengan arah jam. Kalau tak percaya, anda pergilah jumpa dengan bapaknya pula.




5. Jika anda perasan, pertandingan olahraga juga bermula dari arah kanan ke kiri, juga berlawanan dengan arah jam. Mengapa ?. kerana itulah fitrah alam. Jika mereka bermula pada petak permulaan mengikut arah jam, pasti catatan masa yang diperoleh tidak sebaik pergerakan berlawanan arah jam. Anda tak percaya ?. Cubalah tanya sendiri Usain Bolt.kui2


 6. Anda membaca al-Quran, semestinya anda perlu membacanya dari kanan ke kiri, juga berlawanan dengan arah jam. Kenapa ?. admin pun tak tahu, tapi cuba anda baca al-Quran semasa anda berada dalam kereta yang bergerak, mesti kepala anda tak pening berbanding tulisan yang bermula dari kiri ke kanan yang mengikut lawan arah jam. OB pasti anda akan pening kepala.


7. Yang ni tak berapa ilmiah sikit. Kalau anda suka baca komik Jepun (OB tak bace pun, tengok gambar je), pasti anda perasan cara susunannya juga berlawanan dengan arah jam. Mungkin orang Jepun juga sudah lama mengetahui kebaikan pergerakan yang berlawanan dengan arah jam ??. 

~Oleh itu, janganlah anda memotong kenderaan melalui jalan kiri, bahaya tahu ??. (walaupun OB sendiri selalu buat.kui2...~ ^^,

2 ulasan: