Ahad, 25 Mac 2012

Keajaiban biji barli



Adakah anda suka minum air barli ?. Jadi, bayangkan saat ini anda berada di tempat yang cuacanya amat panas, dan anda diberikan segelas air barli ais untuk menghilangkan dahaga anda. Bayangkan rasa barli yang sedap tersebut membasahi tekak anda yang kegersangan tuh. Perghhh… nikmatnya umpama anda tengah makan aiskrim di puncak Himalaya, tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata puitis sekalipun. Itulah perumpamaan terbaik untuk menggambarkan nikmatnya air barli di saat anda tengah dahaga, dan tahukah anda, selain dijadikan sumber makanan, biji barli juga digunakan sebagai barang perhiasan seperti rantai tasbih dan rantai leher. Anda nak tahu dengan lebih lanjut lagi ?. Jadi, sila baca sampai habis...

Hasil siasatan Otak Beku dot com, terdapat dua jenis utama pokok barli iaitu spesies liar yang mengeluarkan buah yang keras berwarna putih mutiara dan berbentuk bujur. Hasil daripada spesies liar inilah dijadikan barangan hiasan seperti tasbih dan rantai tu. Manakala satu spesies lagi adalah spesies yang ditanam, dijadikan bijirin untuk dimakan seperti yang anda pernah makan tu. Fizikal pokok barli ini adalah mempunyai batang keras dengan daunnya yang berbentuk lembing.

Pokok barli banyak ditanam di Filipina, Thailand, Burma, Sri Lanka, dan juga di Indochina. Anda jangan carilah pokok barli di Malaysia, kecuali pokok limau bali memang banyaklah di Malaysia, terutamanya di Kedah dan Perak (setakat yang OB pernah pergi menjelajah la). Namun, jangan pula anda ingat memang tiada langsung pokok barli di Malaysia, kerana masih terdapat pokok barli liar di hutan-hutan negara kita, (korang jangan banyak tanye pulak kat mane, OB pun tak tahu.kui2). Di Korea, kebiasaannya biji barli dijadikan serbuk untuk dijadikan minuman, manakala di Jepun pula, biji barli dijadikan sebagai cuka. Bagaimana rasa cuka tersebut ?. korang cubalah buat, lepas tu bagi OB rasa sikit.


Manfaat barli

Biji barli diyakini mempunyai banyak khasiatnya seperti untuk mengurangkan suhu panas badan akibat demam. Dalam perubatan Cina, barli didakwa mampu menguatkan limpa, merawat keradangan, nanah, cirit-birit, dan kahak. Tahukah anda...??, di China, kebanyakan rakyat mereka mengamalkan barli untuk mencegah kanser. Fuhh…barli untuk  mencegah kanser, hebat tuh… bagaimana pula  di Indonesia ?, di sana, rakyat Indonesia menggunakan akar pokok barli untuk merawat cacing dalam badan (kepada mereka yang kurus seperti cacing pun boleh cuba kot). Di Tropika Amerika pula, daun pokok barli digunakan untuk mengurangkan sakit gigi. Kalau kat negara kita, orang dahulu guna kulit pokok bunga Tanjung dan bunga pokok belimbing untuk merawat sakit gigi.

Jadi, tu je ke khasiat biji barli ni OB ?. tangan saya tumbuh ketuat ni. Saya dah letak asid, tapi tak hilang-hilang pun !!.” Wuuihhh… bahaya ketuat ni, boleh berjangkit tuh... Masa kecik-kecik dulu, mak OB pernah cakap, kalau nak hilangkan ketuat, kena tunggu kilat datang (masa nak hujan). Masa tulah, OB akan cakap kat kilat “Wahai encik kilat yang comel, ambillah ketuat saya ni !!”. yang peliknya, memang ketuat tu hilang keesokan harinya (ni pengalaman betul OB ni, tak tipu tahu ??). Walau bagaimanapun, janganlah anda percaya sangat, mungkin masa tu, mak OB dah letak ubat untuk hilangkan ketuat tu, sebab tulah hilang, lagipun OB masih kecik masa tu, tak ingat mana pun. Tapi, anda boleh menggunakan biji barli ni untuk merawat ketuat. Caranya adalah, anda perlu rebuskan campuran teh dan biji-biji barli tersebut, dan airnya diminum. InsyaAllah, jika diizinkan Allah S.W.T, sembuhlah ketuat anda. Sekian saja untuk artikel kali ini… ehh… lupa pulak nak beritahu anda satu lagi khasiat barli ini, iaitu akar pokok barli ini juga digunakan bagi merawat masalah haid. - Agensi Otak Beku dot com. ^^,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan