Ahad, 22 Julai 2012

Selamat datang ke Pulau Sentinel (Sentinel Island)

Selamat datang ke Pulau Sentinel (Sentinel Island)
Pulau Sentinel Utara adalah merupakan salah sebuah pulau Andaman yang terletak dalam teluk Bengali yang mempunyai keluasan sehingga 72 km². Suku asli tempatan pulau ini tidak pernah menerima kehadiran orang luar malah banyak kes dilaporkan terjadinya serangan terhadap orang luar dengan menggunakan lembing dan alat memanah untuk menyerang sebarang anasir luar yang cuba memasuki perairannya, termasuklah kru-kru National Geographic sendiri yang pernah diserang oleh suku asli tersebut semasa sedang melakukan kajian terhadap suku kaum tersebut. Secara rasminya, pulau ini ditadbir kerajaan India sebagai sebahagian  daripada Andaman dan Nicobar Islands Union Territory (sejak 1947).




Pulau Sentinel Utara juga merupakan rumah (penempatan) bagi satu suku kaum pribumi, Sentinelese yang jumlahnya kini dianggarkan antara 300 dan 400 individu. Daripada hasil penelitian yang dilakukan, puak Sentinelese menolak sebarang hubungan atau kehadiran orang luar dan puak ini merupakan antara puak-puak terakhir yang ketinggalan jauh daripada dunia luar dan teknologi moden. Disebabkan pulau ini tidak pernah ada perjanjian dengan masyarakat luar dan pihak berkuasa, ia menyebabkan pulau ini mempunyai autonomi sendiri.





Walaupun ditadbir kerajaan India, namun sikap penduduk tempatan yang tidak mahu menerima sebarang unsur luar menyebabkan pulau ini terletak di bawah penguasaan undang-undang antarabangsa dan boleh diibaratkan sebagai sebuah entiti berdaulat. Oleh itu, ia menjadi salah satu daripada daerah-daerah berautonomi (de facto India). Kerajaan tempatan (Andaman dan Nicobar Islands) juga telah menyatakan bahawa mereka tidak pernah berniat untuk mengambil tahu berkenaan gaya hidup atau habitat puak Sentinelese, walaupun penduduk pulau ini berkemungkinan besar telah menderita teruk akibat  tsunami yang melanda sebahagian besar pulau tersebut pada Disember, tahun 2004.




Keabsahan Sentinelese dibuktikan  apabila beberapa beberapa hari selepas helikopter kerajaan India pergi 'melawat' pulau tersebut, lantas mereka menyerang helikopter tersebut dengan anak-anak panah dengan niat untuk menghalang kehadiran unsur luar ke tempat mereka. Setakat ini juga, tiada bukti yang menunjukkan mereka mempunyai huruf atau tulisan (akibat tiada kerjasama antara penduduk Sentinelese) dan tiada sesiapa memahami bahasa mereka. Orang India dan orang British pernah mencuba untuk menebus guna penduduk Sentinelese ini, namun mereka membuktikan bahawa mereka hanya berminat untuk memburu ikan, buah kelapa (makanan) dan seks sahaja..!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan