Sabtu, 13 Oktober 2012

Baik dan buruknya budaya kita di mata dunia.





Suatu ketika, admin berborak dengan seorang perempuan, warga Indonesia. Namanya Bunga, seorang lulusan Ijazah Universiti tempatan di Malaysia. Dalam perbualan tersebut, banyak perkara yang dibincangkan terutamanya tentang budaya di Malaysia dan Indonesia. Dalam perbualan tersebut ada perkara yang patut kita ambil cakna, terutamanya apabila ianya melibatkan agama dan budaya. Admin ringkaskankan perbualan tersebut di bawah :

Bunga : aku lihat lelaki muda Melayu banyak yang berjanggut. Apa itu budaya lelaki Melayu di Malaysia ? sebab di Indonesia, kebanyakan lelaki muda tidak berjanggut kecuali yang dah berkahwin.

Admin : Yeke ??, di Indonesia Cuma yang dah berkahwin je ke berjanggut ?. Jap ye, saya nak ke tandas jap, cukur janggut saya.hehehe (admin ada janggut sejemput).

Bunga : ngak... bukan itu maksud aku. Di Indonesia ada juga lelaki muda yang berjanggut, Cuma kebanyakannya tidak berjanggut, berbeda di malaysia.

Admin : hahaha... saya faham maksud kamu. Saya pun tak tahu kenapa lelaki muda di Malaysia ramai yang berjanggut, mungkin ramai yang ikut sunnah Nabi kot, macam saya.hahaha... (sedikit bergurau).

Bunga : hahaha... hhmm... aku faham sekarang.

*Memang kebanyakan lelaki Indonesia yang datang belajar di sini, admin perasan kebanyakannya tidak berjanggut.

---------------%%%%----------------

Bunga : Aku lihat di sini ramai perempuan pakai baju kurung terutamanya Melayu, dan kadang-kadang aku lihat orang Cina dan India juga memakainya. Orang perempuan Malaysia semuanya wajib pakai baju kurung ya ?.

Admin : hahaha... Tidaklah wajib, tapi memang kebanyakan wanita Malaysia pakai baju kurung (melayu, cina, dan india) kerana ianya sudah menjadi budaya. Boleh dikatakan harus bila ianya melibatkan majlis-majlis rasmi. Saya sendiri sebagai rakyat Malaysia berbangga melihat budaya sebegini.

---------------%%%%----------------

Soalan seterusnya ini sedikit menghiris hati admin sebagai orang Melayu beragama Islam di Malaysia. Mungkin dia tidak bermaksud buruk untuk menanyakan soalan tersebut.

Bunga : AKU ADA SATU LAGI SOALAN. AKU TIDAK BERMAKSUD APA-APA, CUMA AKU CUMA INGIN TAHU, KENAPA KALAU KEBANYAKAN PEREMPUAN MELAYU ITU KALAU PAKAI JILBAB(TUDUNG) TAPI LENGAN BAJUNYA SINGKAT ? (BAJU-T). APAKAH ITU JUGA BUDAYA DI SINI ?.

Admin : (terdiam seketika). Hhmmm... soalan kamu benar-benar menghiris hati saya sebagai Muslim di sini.

Bunga : maaf, saya tidak bermaksud begitu. Maaf kalau saya tersilap tanya.

Admin : Hahaha...tak saya tak terasa hati dengan kamu, tapi soalan kamu tu menyedarkan saya bahawa situasi sosial Muslim di sini semakin parah, sehingga saya sendiri tidak menyedarinya. Pakaian sebegitu bukan budaya di sini, tapi dari Barat. Bezanya Cuma, Barat tidak memakai tudung, baju dan seluar yang ketat sama saja di sini dengan di Barat.

Bunga : Maaf, aku cuma ingin tahu. Terima kasih kerana banyak berkongsi sama aku.

Admin : Bisa aja kok.hahaha…

*Kebanyakan pelajar perempuan Islam dari Indonesia yang bertudung admin tengok biasanya memakai baju lengan panjang, walaupun kita tengok cam kelakar je kan fesyen diaorang ?.

Diharapkan pendedahan ini sekurang-kurangnya dapat mengejutkan kita daripada mimpi-mimpi indah kita selama ini. Kita berbangga kerana negara kita semakin maju, rakyat negara kita semakin terkedepan daripada negara-negara sekitar kita. Teknologi kita semakin hebat, namun bagaimana dengan tahap sosial di negara kita. Kita patut sedar kita semakin tenggelam dalam kemajuan negara kita, sehingga kita semkain meninggalkan ajaran agama kita sendiri. Terima kasih kepada saudari Bunga yang sedikit menyedarkan kita yang menyimpang jauh daripada ajaran Islam yang sebenar. Walau bagaimanapun, Situasi Muslim di Malaysia dan Indonesia sama sahaja, iaitu ke arah kehancuran jika kita lambat bertindak untuk mencegahnya. Kita perlu sedar, musuh-musuh Islam sedang berusaha untuk menghancurkan Islam dengan perlahan-lahan, tetapi penyakitnya sukar untuk dikesan dan diubati jika kita lambat untuk mencegahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan