Ahad, 14 Oktober 2012

Sungai Nil dan Khalifah Umar Al-Khattab


Sungai Nil dan Khalifah Umar Al-Khattab

Pernah terjadi ketika zaman sahabat  nabi iatu Amru bin Al-As menjadi gabenor  di negara Mesir (dilantik oleh Sayidina Umar Al-Khattab r.a), ketika  zaman Amru bin al-as menjadi gabenor,telah timbul satu peristiwa ganjil iaitu berlakunya musim kemarau yang panjang menyebabkan penduduk mesir bimbang  air sungai Nil akan kering.Hal ini menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk Mesir kerana sungai Nil adalah sumber bekalan air  terpenting  untuk seluruh negara mesir.

Telah  menjadi tradisi  dan kepercayaan orang-orang Mesir ketika itu ,setiap kali musim kemarau yang panjang, mereka akan mengadakan upacara korban  untuk ‘penunggu sungai Nil’ yang dipercayai selalu menjaga kepentingan mereka di sungai Nil. Kononnya mereka percaya dengan cara itu akan sungai nil tidak akan kering walaupun kemarau berpanjangan . Mereka juga percaya bahawa upacara korban dengan menggunakan gadis sunti  yang paling terbaik  yang dipilih sendiri  daripada kalangan mereka itu amat  diperlukan  supaya 'penunggu sungai nil'  tidak murka kepada mereka. .


Akhirnya,ketika Amru Al-As  menjadi pemimpin,beliau telah menghentikan amalan karut tersebut kerana Islam mengharamkan upacara memuja syaitan dan jin. Namun,secara kebetulan, telah berlaku kemarau yang panjang menyebabkan air sungai hampir kering. Situasi ini menyebabkan penduduk yang masih mempercayai perkara karut itu memohon untuk mengadakan semula upacara tersebut bagi mengelak kerugian yang lebih besar.

Atas desakan penduduk Mesir, Amru bin Al-As telah memaklumkan kejadian itu kepada Khalifah  Umar Al-Khattab r.a yang sedang berada di Madinah.
Akhirnya, berita itu sampai kepada khalifah Umar Al-Khattab, oleh itu,Khalifah Umar Al-Khattab telah mengambil tindakan iatu dengan menghantar sepucuk surat. Pada mulanya Amru Al-As menyangka surat tersebut ditujukan kepadanya,namun sangkaan Amru al-As telah silap apabila di kepala surat tersebut tertulis ''kepada sungai Nil''...rupa-rupanya barulah Amru Al As sedar yang surat itu bukanlah ditujukan untuknya..Disebabkan itu ,sedarlah Amru Al As bahawa Khalifah Umar Al Khattab meminta beliau mencampakkan suratnya itu ke dalam sungai Nil.Sebelum Amru Al As mencampakkan surat tersebut ke dalam Nil yang hampir kekeringan itu,beliau sempat membaca kandungan isi surat tersebut yang berbunyi:

 “Dari hamba Allah, Amirul Mukminin kepada Nil Mesir. Segala puji buat Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah, Wahai sungai Nil!, jika air yang mengalir di sungai ini adalah atas kuasamu,maka ketahuilah bahawa kau tidak diperlukan,tetapi jika ianya mengalir atas kekuasaan Allah s.w.t, maka kepada Allah kami pohonkan agar mengalirkan air di sungai ini''

Setelah surat tersebut dicampakkan ke dalam sungai Nil,adalah diriwayatkan sungai itu pun dipenuhi semula air malah menjadi lebih dalam pada malam itu.Semenjak itu, Lenyaplah amalan-amalan jahiliah yang lama lagi karut dalam kalangan penduduk Mesir..


PENGAJARAN :
•             - Syaitan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyesatkan manusia dengan melakukan amalan yang disangkanya betul.
•             - Manusia yang beribadah dengan taat dan ikhlas kepada Allah akan dikurniakan kelebihan yang dinamakan sebagai karamah seperti yang dikurniakan kepada Sayidina Umar r.a.
•             - Umat Islam wajib kembali kepada Allah memohon rahmatNya dalam segala ujian yang berlaku dalam hidup mereka seperti yang berlaku kepada penduduk Mesir.

Rujukan:

Zahazan Mohamed.Dr
Tafsir al-Qurtubi
Hasyiat al-Sawiy ‘ala al-Jalalain , tafsir ayat 57-58 surah al-Syu’ara`.
H. Luqman Hakim, Himpunan Cerita Cerita Teladan.
101 Kisah dan pengajaran daripada al-Quran, al-Hadis dan Hayatus Sahabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan