Rabu, 3 Oktober 2012

Perbezaan Antara Mazhab Sunni Dengan Mazhab Syiah Imamiyah


PERBEZAAN ANTARA MAZHAB SUNNI DENGAN MAZHAB SYI’AH IMAMIYAH  : Dr Yusof al- Qaradhawi : Fatawa Muasiirah(Fatwa-Fatwa Masa Kini).

Pertanyaan:

Yang berhormat, Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi -hafizahullah-
Saya ingin mengajukan sebuah pertanyaan kepada anda, semoga diharapkan anda menjawabnya dengan jelas supaya dapat melegakan dada dan menghilangkan keraguan. Kami di Mesir tidak mengenali mazhab yang lain kecuali mazhab Ahlu Sunnah wal Jamaah yang terdiri daripada empat mazhab yang masyur dan dipimpin oleh para imam yang diakui kesarjanaan mereka. Di antaranya ialah Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’ie dan Imam Ahmad. Penduduk Mesir menganut tiga mazhab yang utama. Mazhab Malik di daerah Sha’id dan sebahagian kota yang ada di pinggir laut Merah, dan mazhab Syafi’ie dianuti oleh sebahagian besar penduduk pinggiran laut Merah, manakala mazhab Hanafi hanya dianuti oleh beberapa orang tertentu saja yang diwarisi dari zaman kekhalifahan Utsmaniyah.

Kami tidak mengenali ajaran Syi’ah sedikit pun. Hal ini kerana, kami tidak pernah ada pendedahan mengenai ajaran itu. Setahu saya, di Mesir tidak pernah didapati ada orang Syi’ah walaupun hanya seorang. Yang kami tahu bahawa mereka itu hanya orang-orang yang berlebihan alam mencintai dan fanatik terhadap Ahlul Bait. Sedangkan kami warga Mesir sebagaimana yang engkau ketahui cinta juga terhadap Ahlul Bait. Sebab kami memiliki beberapa tempat Ahlul Bait yang biasa dikunjungi dan ada beberapa perayaan yang sering dirayakan. Misalnya terhadap Al-Husain dan Zainab di Kairo, Ahmad Al-Badawi di Tanta dan lain-lain. Belum pernah sama sekali ada para ulama dari kalangan Ahlu Sunnah yang memuji Syi’ah ataupun mencelanya. Oleh kerana itu, seluruh rakyat Mesir bersikap keliru terhadap Syi’ah ini, baik dari sisi akidahnya mahu pun pemikirannya. Sehinggalah kami ditakutkan di akhir-akhir tahun ini bahawa sebahagian warga Mesir sudah ada yang meninggalkan mazhab Sunninya dan kemudian mereka beralih menjadi pengikut mazhab Syi’ah. Sebagian mereka ada yang giat menulis di kitab-kitab, ada juga yang menyebarkan artikel, ada juga yang menulis buku yang berkenaan pandangan-pandangan serong terhadap Ahlu Sunnah wal Jamaah yang matlamatnya untuk  mengajak masuk ke dalam mazhab Syi’ah. 


Setahu kami bahawa mazhab Syi’ah ini berbeza dengan mazhab Ahlu Sunnah yang kami fahami. Setelah beberapa kali pertemuan, kami tahu bahawa ada orang-orang yang berkata bahawa orang-orang itu (agen Syi’ah) bekerja kerana bantuan kewangan dari Iran. Mereka selalu menyerang Ahlu Sunnah, baik dahulu mahupun sekarang. Sehinggakan hal ini menimbulkan kekeliruan kepada kami, kerana kami tidak mempunyai asas pengetahuan untuk membuat pembelaan ketika orang-orang Syi’ah sangat terlatih dalam menyebarkan berbagai macam tuduhan dan mengubah-gubah perkataan, bahkan mereka mereka-reka cerita-certa palsu. Semua ini dilakukan dalam rangka perang terhadap Ahlu Sunnah yang masih disibukkan dengan urusan diri dan perutnya sendiri serta perpecahan dalaman yang terjadi. Apakah memang ada perbezaan yang amat ketara antara Sunni dan Syi’ah? Apa bentuk perbezaan ini? Bagaimanakah sikap Syi’ah yang sebenarnya terhadap Al-Qur`an, As-Sunnah dan para sahabat? Dan bagaimana kedudukan imam yang 12 orang itu? Mengapa para ulama Ahlu Sunnah membiarkan kami tanpa dibekalkan  pengetahuan walaupun hanya sekelumit, yang mana perlu diketahui oleh seorang Sunni tentang Syi’ah? Saya yakin bahawa para ulama mempunyai tanggungjawab yang besar di hadapan Allah SWT dan di hadapan umat. 
Demikian juga anda, anda mempunyai tanggung jawab yang sangat besar, sebab umat sudah percaya dengan keilmuan anda, dan percaya dengan seluruh nasihat anda, keberanian dan semangat  anda terhadap agama Islam ini. Saya pohon,  demikian juga seluruh sahabat-sahabat saya mendapatkan penjelasan yang sangat jelas atas masalah ini. Sehingga semuanya jelas, hati menjadi tenang dan Allah SWT akan memberikan hidayah-Nya kepada siapa saja yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus. Harapan kami, semoga anda tidak memandang bisu mengenai masalah ini atau terlambat menjawabnya.
Semoga Allah SWT melindungi anda, juga membimbing langkah anda.
- Dr. Abdullah Salim (Pensyarah Perguruan Tinggi).


Prof Dr Yusuf Al-Qaradawi


 Jawapan Dr Yusof al- Qaradhawi:

Segala puji bagi Allah SWT, semoga selawat dan salam tercurah kepada Rasulullah SAW, kepada keluarga dan para sahabatnya dan juga kepada seluruh umatnya yang mengikuti petunjuknya. Amma ba’du, Sungguh, saudara telah mengupas dengan tegas di dalam surat ini, iaitu tentang luka yang kami diamkan sejak lama dan kami baru berusaha untuk membalutnya dengan kain agar darah luka itu berhenti mengalir. Atau kami baru berusaha untuk memberi ubat penahan sakit yang tidak akan membasmi bakteria ke akar-akarnya. Sudah sekian lama pula, kami tidak menyibukkan diri untuk membahaskan topik ini, demi untuk menghindari perpecahan golongan atau membangunkan fitnah yang sedang tertidur. Kami sengaja membiarkan saudara-saudara kami dari Ahlu Sunnah agar lalai, tidak mempunyai wawasan yang cukup tentang hal ini. Padahal di sisi lain, ada agen-agen(syiah)  yang sedang disiapkan dan dilatih untuk menyebarkan madzhab Syi’ah di kalangan Ahlu Sunnah. Ketika sedang berpeluang, dengan cepat para agen Syi’ah ini  memanfaatkannya. Mereka pun menebarkan jaring jaringnya dari atas kuda mereka. Akan ada saja orang yang terperangkap ke dalam jaring mereka ini! Memang benar jika mereka itu (orang-orang Syi’ah) jumlahnya hanya sedikit. Akan tetapi jumlah yang sedikit boleh menjadi banyak jika terbuka kesempatan dan sebab-sebab ke arah sana (bertambah pengikut) masih ada. 

Tanggungjawab pertama ada di tangan kami sebagai para ulama Ahlu Sunnah yang mana kami telah berjanji di hadapan Allah SWT bahwa kami akan sentiasa menjelaskan kebenaran dan tidak akan menyembunyikannya. Kewajiban ini menjadi bertambah kuat ketika bahaya sudah menjadi-jadi di hadapan kita dalam bentuk jaringan yang tersusun yang dipimpin oleh orang-orang yang mempunyai semangat tinggi, bukan hanya sekadar pegawai biasa. Tangan mereka membawa berjuta-juta dolar untuk menjayakan tujuan ini dan di belakang mereka adanya negara Ideologis, kuat dan makmur yang membiayainya. Saya telah mengikuti berbagai seminar pendekatan antara Sunni dan Syi’ah di Rabbat-Maghribi, Bahrain, Damaskus dan Doha. Saya juga pernah berkunjung ke Iran dan bertemu dengan presiden Iran, seorang cendikiawan bernama Dr. Muhammad Khatami. Saya juga telah bersemuka dengan ramai Mullah dan Ayatullah di beberapa kota di Iran.
Peratusan Sunnah dan Syiah

                                     

Pada semua kesempatan ini, saya selalu menekankan kepada mereka beberapa perkara penting, di antaranya:

1. Kenyataan tegas untuk pihak Syi’ah bahwa Al-Qur`an itu (sebagaimana yang tertera di mushaf kaum muslimin saat ini) adalah firman Allah SWT yang diturunkan (untuk manusia). Al-Qur`an ini terpelihara, tidak ada pengurangan dan tidak ada penambahan sedikitpun. Tidak ada hal-hal rancu di dalamnya.

2. Berhenti mencela para sahabat. Kerana para sahabatlah yang telah menukilkan Al-Qur`an untuk kita, meriwayatkan As-Sunnah, melakukan penaklukan secara damai dan Allah SWT dan Rasul-Nya telah memuji mereka.

3. Berhenti melakukan penyebaran sesebuah mazhab di sesebuah negara yang dihuni penganut mazhab tertentu.Seperti yang dikatakan oleh Syaikh Muhammad Mahdi Syamsuddin dari Lubnan, ”Berhentilah menyebarkan sesebuah mazhab di negara bermazhab lain”.

4. Mengakui hak-hak minoriti, baik Sunni mahupun Syi’ah.
Walaupun saudara-saudara kami dari Syi’ah membenarkan ucapan saya ini secara teori, akan tetapi mereka tidak menepati janji mereka dalam amalannya. Khususnya dalam perkara nombor 3, Iatu berhenti melakukan penyebaran mazhab Syi’ah di negeri-negeri Sunni. Kami melihat mereka bersikap bodoh. Mereka berjaya menyusup masuk ke masyarakat Sunni dengan memanfaatkan sikap kagum Ahlu Sunnah atas sikap Syi’ah dalam bidang politik dan pertahanan. Mereka menjadikan kelebihan tersebut sebagai alat propaganda. Dahulunya Mesir merupakan negara yang dihuni hampir 100 % Ahlu Sunnah. Demikian juga dengan Sudan, Libya, Al-Jazair, Tunisia, Maghribi, dan Mauritania. Tidak ada Syi’ah di sana walaupun hanya seorang, meskipun dahulunya Mesir dan Afrika Utara dikuasai oleh Daulah(kerajaan) Bani Fathimiyah (Daulah Syi’ah). Akan tetapi hal ini tidak membuatkan rakyat Mesir menjadi penganut Syi’ah walaupun ada banyak sumber-sumber kebendaan yang ditawarkan kepada rakyat Mesir. Pada ketika itu, di Mesir adanya slogan seperti ini, ”Barangsiapa yang berani melaknat para sahabat, maka dia akan menerima satu dinar dan kacang!” Maksudnya barangsiapa yang berani melaknat para sahabat, maka dia akan mendapatkan satu dinar wang emas dan hadiah kacang atau gandum...



Peratusan Penganut Sunnah dan Syiah mengikut Peta

Ketika Shalahuddin Al-Ayyubi berkuasa di Mesir, penganut madzhab Sunni di Mesir adalah 100 %. Pada waktu itu, Al-Azhar menjadi mercu suara mazhab Sunni sehingga beberapa abad lamanya. Sehinggalah akhir tahun-tahun yang penuh ujian ini, ada orang yang terang-terangan mengaku sebagai Syi’ah dan mendakwahkannya! Sudah tentu, masalah ini perlu diklafikasikan dan inilah waktunya dan jangan sampai terlambat. Pada saat ini lah saya berkewajiban untuk menjawab pertanyaan saudara orang yang bertanya. Apakah wujud perbezaan yang mendasari antara mazhab Sunni dengan mazhab Syi’ah? Apakah bentuknya? Kami jawab: Kami melihat bahawa terdapat sebahagian orang-orang Syi’ah yang tidak mempunyai perbezaan yang mendasari(ketara) dengan kami (Ahlu Sunnah). Baik dalam masalah usul mahupun dalam  masalah furu’(cabang). Contohnya adalah Syi’ah Zaidiyyah yang tersebar di Yaman. Mereka mengakui kitab-kitab Ahlu Sunnah seperti Kitab Shahih Bukhari, Shahih Muslim dan Kutubus Sittah (Kitab 6 Imam) yang lainnya, juga Al-Muwaththa(Imam Malik) , Musnad Imam Ahmad dan seluruh para pengarang kitab hadis. Sebahagian kitab-kitab Syi’ah Zaidiyah adalah  sama dengan kitab-kitab Ahlu Sunnah, baik dalam hal sumber dan kandungannya. Contohnya kitab Ar-Raudhu An-Nadhir yang menjelaskan keseluruhan hadis yang terkumpul oleh Imam Zaid bin Ali RA. Tetapi terdapat pula perbezaan dalam cabang- cabang akidah, seperti perbezaan yang terdapat antara Ahlu Sunnah dengan Mu’tazilah. Akan tetapi Syi’ah Zaidiyyah tidak pernah mencela para sahabat dan juga mereka meyakini bahwa Al-Qur`an tidak terjadi pengurangan mahupun penambahan dan lain-lainnya.

Perbezaan yang dimaksudkan dalam pembahasan kali ini adalah perbezaan antara Sunni dan Syi’ah Imamiyah Itsna ’Asyariyyah(Syiah Imam 12 Belas). Kerana itulah, adanya sebuah pertanyaan yang menuntut agar dibezakan antara mazhab Sunni dengan mazhab Syi’ah. Jawapannya, sudah jelas dan terang. Di dalam masalah fiqah dan furu’ , secara pengamalannya, tidak ada perbezaan yang besar antara Sunni dan Syi’ah Imamiyah atau Ja’fariyah.


Majlis Pendekatan Antara Mazhab

Turut Disertai oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang
                                            
Persidangan Antarabangsa Perpaduan Islam
Majlis Taqrib

Perbezaan fiqih kita dengan mereka sama halnya dengan perbezaan antara mazhab-mazhab yang ada dalam kalangan Ahlu Sunnah. Kita lihat Imam Asy-Syaukani menyebutkan mazhab Ahlul Bait dalam kitabnya Nailul Authar. Akan tetapi, tidak ada seorang pun daripada kalangan Sunni yang membesarkan  hal ini. Kerana tidak ada perbezaan yang mendasari antara mazhab-mazhab tersebut.




Akan tetapi, secara fiqih ada beberapa bentuk Amaliyah Munkarah (perbuatan munkar) yang dilakukan oleh orang-orang Syi’ah. Misalnya dalam masalah ucapan tasyahud  dalam adzan yang ditambah menjadi 3, dengan ucapan, ”Aku bersaksi bahwa Ali Wali Allah!” benar para ulama Syi’ah telah bersepakat bahawa penambahan ini tidak ada dasarnya(asasnya) dalam ajaran (fiqih) mereka. Akan tetapi hal ini dibiarkan saja kerana mereka takut orang-orang awam akan marah besar!


Masjid Saidina Hussein
Maqam Saidina Hussien cucu Rasulullah

Sesungguhnya perbezaan yang mendasari antara kedua-dua mazhab ini (Sunni dan Syi’ah) adalah perbezaan di dalam masalah usuluddin (pokok-pokok agama) dan bukan di dalam masalah furu’(cabang). Oleh kerana itu, sebutan untuk perbezaan ini adalah perbezaan di antara dua golongan, aitu Ahlu Sunnah di satu sisi dan Syi’ah di sisi yang lainnya. Perbezaan ini bukan di antara dua mazhab fiqih. Sikap Ahlu Sunnah terhadap firqah Syi’ah terbahagi kepada tiga golongan:

1. Golongan Sunni yang Mengkafirkan Syi’ah
Kelompok pertama iatu orang-orang yang mengkafirkan Syi’ah dan menganggap mereka telah murtad dari Islam. Inilah pendapat orang-orang salafi (wahabi)  secara umum. Apatah lagi kelompok salafi yang ekstrim, bukan hanya mengkafirkan Syi’ah tetapi juga mengkafirkan kelompok Ahlus Sunnah lainnya yang tidak bersealiran dengan mereka  atau orang-orang yang biasa melakukan perkara-perkara yang terdapat masih terdapat khilaf di dalamnya .Antara penulis yang menuliskan masalah ini secara ilmiah iatu buku yang ditulis oleh Sayyid Muhibbuddin Al- Khathib, seorang ahli sejarah dan pentahqiq senior yang juga sidang pengarang Majalah Al-Fath dan Majalah Az-Zahra yang membawa tema pemurnian Islam di zamannya. Beliau juga adalah sidang pengarang harian Al-Ikhwan Al-Muslimun dan majalah Al-Azhar untuk beberapa waktu. Ustadz Al-Khathib telah menulis bukunya berjudul, “Al-Khuthuth Al-’Aridhah allati Qama ’Alayha Din Al- Syi’ah” (Dasar-dasar yang Dipegang oleh Agama Syi’ah Imamiyah Itsna ’Asyariyah). Buku ini mengupas permasalahan yang sangat penting tentang sikap orang-orang Syi’ah terhadap Al-Qur`an bahwa Al-Qur`an telah diubah-ubah dan dikurangkan. Penulis Syi’ah yang menulis buku tentang perubahan di dalam Al-Qur`an adalah Fashlu Al-Khithab fi Itsbati Tahrif Kitabi Rabbil Arbab (yang dimaksudkan dengan kitab adalah Al-Qur`an) karya An-Nuri Ath-Thabrasi yang kematiannya selalu diperingati secara meriah oleh orang-orang Syi’ah dan dikuburkan di dekat kuburan Imam Ali RA. Beliau menjelaskan tentang sikap orang-orang Syi’ah terhadap As-Sunnah dan terhadap para sahabat, ajaran Taqiyyah dan beberapa perkara lain. Pendek kata, mazhab Syi’ah ini mempunyai perbezaan yang sangat jauh dengan mazhab Ahlu Sunnah.

Ustadz Muhibbuddin Al-Khathib juga menulis beberapa buku dan artikel yang mengandungi pembelaan terhadap para sahabat. Seperti buku yang terkandung catatan penting beliau terhadap buku yang ditulis oleh Abu Bakar bin Al-Araby tentang para sahabat yang berjudul, Al-‘Awashim min Al-Qawashim. Buku lainnya yaitu tentang catatan beliau terhadap buku Al-Muntaqa daripada kitab Mizan Al-I’tidal karya Adz-Dzahabi. Beliau juga menulis buku dengan judul, Bersama Generasi Pertama. Buku ini berisi penjelasan dan pembelaan tentang kedudukan para sahabat di dalam Islam, jihad serta usaha mereka dalam membela sang penutup para nabi. Beberapa lama setelah itu, muncullah buku ulama Pakistan yang sangat terkenal, iatu Ihsan Ilahi Zhahir yang memperluas pembahasan buku Al-Khathib tersebut.

 Beliau berargumentasi dengan buku-buku Syi’ah sendiri, juga melakukan bantahan terhadap tuduhan-tuduhan Syi’ah. Akhirnya beliau syahid ditembak di salah satu pertemuan yang beliau hadiri. Orang-orang Syi’ah lah yang terbabit di sebalik tragedi penembakan beliau ini. Saya berpendapat bahawa dalam masalah ini terdapat sikap berlebihan dalam  menghukumi orang-orang Syi’ah secara umum. Terutama mengenai masalah pengkafiran yang melabelkan orang lain telah murtad dari Islam adalah masalah yang sangat berbahaya. Sekian lama, saya telah menulis sebuah buku dengan judul, “Zhahirat Al- Ghuluww fi At-Takfir” Sikap Berlebihan di Dalam Mengkafirkan orang Lain. Saya melihat bahawa yang harus dilakukan  dalam masalah ini adalah bersikap berhati-hati, melakukan penelitian terlebih dahulu dan bermusyawarah sebelum menuduh orang lain dengan tuduhan kafir. Bagaimana pula keadaannya dengan mengkafirkan sesebuah jamaah (kumpulan seperti Syi’ah) yang terdiri daripada puluhan juta orang?! Selagi ada ruang untuk perkataan atau perbuatan itu ditakwil yang dapat mengeluarkan musuhnya daripada kekafiran, maka perlunya seseorang  alim menyelesaikan itu. Sebab tidak boleh mengkafirkan orang lain kecuali dengan sebab pasti yang tidak dapat ditafsirkan lagi  kecuali dengan melabelkan sebagai orang kafir, seperti telah mengucapkan sesuatu atau melakukan perbuatan kufur yang nyata. Kami berpendapat bahawa sikap moderat adalah, ”Sesungguhnya mereka mengkafirkan orang secara umum dan tidak mengkafirkan orang perseorangan (tertentu saja) kecuali dengan banyak syarat.”

Pada bahagian buku saya ini terdapat pembahasan tentang fatwa takfir(mengkafirkan) dan syarat-syaratnya. Fatwa ini adalah fatwa saya yang lama. Silalah dikaji kembali. Memang ada hadis tentang perpecahan umat Islam sehingga berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan yang semuanya akan masuk neraka kecuali satu sahaja. Namun hadis itu masih tetap menggolongkan firqah-firqah yang sesat dan celaka itu sebagai sebahagian umat Islam ini, dan tidak mengeluarkan mereka darinya, ketika Rasulullah S.A.W bersabda, ” UMMATKU akan berpecah belah!”

Saya juga ingin mengatakan, sesungguhnya daripada kalangan orang-orang Syi’ah ada yang ekstrim(melampau) dan suka mengkafirkan Ahlu Sunnah. Kami telah menukilkan sebahagian perkataan mereka itu di beberapa forum. Bahkan di antara mereka ada yang berani mengkafirkan para sahabat. Ada juga yang berani mengkafirkan umat Islam seluruhnya, kecuali yang tidak kafir hanyalah Syi’ah, seperti yang tercantum di dalam kitab Al-Anwar An-Nu’maniyah karya Syaikh Nikmatullah Al-Musawi Al-Jazairi.

2. Orang-orang Sunni yang melihat Syi’ah dari sudut politik semata-mata. Kelompok kedua adalah keterbalikan daripada kelompok pertama yang suka mengkafirkan Syi’ah. Kelompok ini tidak pernah melihat Syi’ah dari sudut akidah dan pokok-pokok ajaran mereka yang bertentangan dengan akidah majoriti umat Islam. Mereka ini tidak mahu memperhatikan Syi’ah dari sudut ajaran atau keyakinan mereka terhadap Al-Qur`an, As-Sunnah dan para sahabat. Mereka juga tidak mahu memperhatikan Syi’ah dari sisi ucapan mereka yang mengatakan bahawa para Imam mereka adalah orang-orang maksum, mengetahui perkara-perkara ghaib yang tidak diketahui oleh para nabi dan ucapan mereka bahawa Imamah adalah pokok ajaran Syi’ah yang  menolaknya, maka dia dicap kafir. Kelompok ini juga tidak memperhatikan Syi’ah dalam hal tingkah laku mereka yang menyimpang. Misalnya peristiwa peringatan wafatnya Al-Husain RA setiap tahunnya dengan cara menampar pipi, merobek-robek butang baju, juga memukul dada dan punggung sampai berdarah- darah.
Upacara Karbala(sempena memperingati kematian cucu rasulullah) 





Upacara ini terus diamalkan sehingga  lebih dari tiga belas abad lamanya. Mereka juga beriman bahawasanya Al-Mahdi itu ada dan sekarang sedang bersembunyi di Sirdab dan belum keluar dari tempat persembunyiannya sejak 11 abad yang lalu. Keyakinan semacam ini jelas menyalahi sunnatullah pada usia manusia. Kelompok Sunni ini tidak menghiraukan semua akidah Syi’ah yang batil ini. Kelompok ini hanya melihat daripada sudut politiknya sahaja sebagai hasil daripada Revolusi Imam Khumaeni. 


Revolusi Iran


Ayatullah Khamaini




Di antara yang menonjol adalah Iran berani menentang Amerika Syarikat dan anak emasnya iatu Israel. Hal ini dibuktikan dengan adanya kelompok pejuang Hizbullah (Syi’ah) di Lubnan yang berperang melawan Israel pada musim panas tahun 2006 M. Oleh sebab itulah, kita harus diam sahaja dan jangan membicarakan mazhab mereka (Syi’ah) dan akidah mereka. Juga strategi mereka untuk menumpaskan masyarakat Sunni dengan persiapan dana jutaan dollar Amerika yang ditunjangi dengan orang-orang yang sudah terlatih dan siap untuk berperang pada saat Ahlu Sunnah tidak memiliki pertahanan sedikit pun. Realiti ini persis dengan pertanyaan yang ditanyakan oleh saudara yang bertanya, ”Sesungguhnya para ulama Ahlu Sunnah tidak membekalkan ilmu yang memadai untuk membendung Syi’ah dan mereka membiarkan dada para pengikut Ahlu Sunnah terbuka sehingga menjadi sasaran empuk anak panah dari kanan mahupun dari kiri.” 

Syeikh Jibrin
Saya melihat di sini bahawa kita perlu dapat membezakan mana siasah politik mereka dan mana ajaran atau akidah mereka. Kita hanya mendukung dari sisi politik mereka melawan Amerika dan Israel. Kita juga hanya mendukung Iran dari sisi perkembangan nuklear dan kita akan menolak segala bentuk intervensi atas hak mereka di dalam perkembangan reaktor nuklear. Kita juga berdiri dengan segala kekuatan kita untuk melawan Amerika jika mereka melakukan serangan ketenteraan terhadap Iran. Inilah yang saya terangkan dengan sangat jelas, Alhamdulillah. Saya katakan, ”Kita akan melawan Amerika jika Iran diserang!” Ucapan saya ini telah disiarkan oleh stesyen TV milik Iran.  Mereka memuji saya dalam hal ini dan mengucapkan ucapan terima kasihnya melalui telefon. Perlu diingat, saya tidak mengucapkan kecuali sesuatu yang saya anggap sebagai kebenaran! Saya pun menyokong tentera Hizbulloh pada saat mereka berperang melawan Israel. Saya juga telah membantah fatwa salah satu ulama senior Saudi iatu Syaikh Jibrin  dalam program TV Al Jazeera yang bertajuk “Syariah dan Kehidupan”. Di dalam buku ini pun ada fatwa mengenai masalah ini. Yang jelas, prinsip-prinsip kita terhadap ajaran Syi’ah tetap ada, dan sikap kita tidak berubah terhadap pokok-pokok ajaran mereka. Demikian pula sikap saya tetap tegas menolak segala bentuk penyebaran ajaran Syi’ah ke tengah-tengah Ahlu Sunnah!
Mahmud Ahmadinejad







3. Kelompok Pertengahan

Di antara kedua kelompok yang telah disebutkan, ternyata ada satu kelompok yang moderat. Kelompok ini hanya berlawanan dengan Syi’ah dari sisi keyakinan dan pokok-pokok ajaran mereka dan juga tingkah laku serta ciri-ciri khas mereka. Misalnya ada tiga syahadat di dalam azan mereka atau memperingati wafatnya Husein di hari Asyuro setiap tahun. Padahal yang diajarkan di dalam As-Sunnah bahawa kita tidak boleh bertakziyah setelah tiga hari sejak wafatnya seseorang. Akan tetapi kelompok ini tidak sampai mengkafirkan Syi’ah dengan kufur yang nyata dan besar, kecuali untuk beberapa hal yang tidak boleh ditakwil dan dihukumi kafir untuk pelakunya. Kedudukan kita adalah bergabung dengan kelompok yang tidak mengkafirkan Syi’ah ini secara mutlak. Namun, kelompok pertengahan ini berbeza pandangan secara tajam dengan Syi’ah di beberapa masalah utama….
                                         

                                        


3 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Saya tak tahu apa yang diperjuangkan oleh kedua belah pihak ini...bagi saya ini semua kerana tamakkan kuasa untuk memerintah.pada pendapat saya...kita punyai Allah yang satu,kitab Al Quran yang terpelihara...mengapa perlu kita perlu berpuak-puak...adakah kita semua telah terpengaruh dengan hasutan syaitan dan nafsu kita sendiri menyebabkan kita tersasar dari laluan yang sebenar....dalam islam tidak mengajar umatnya berpecah belah seperti sekarang....adakah islam yang ada sekarang ini benar-benar berpegang pada Allah Yang Satu Dan Al Quran itu tempat rujukan sekiranya tersasar jauh dari landasan...ingat asal usul manusia di muka bumi ini adalah dari Nabi Adam dan juga Hawa yang dijadikan dari tulang rusuk Nabi Adam.

    BalasPadam
  3. Agama syiah bukan Islam. Full stop!!!

    BalasPadam