Nu’ayman Ibnu ‘Amr merupakan salah seorang sahabat baginda yang sering turut serta dalam peperangan-peperangan besar bersama Rasulullah seperti Perang Badar, Uhud, dan Khandak. Dalam kalangan sahabat, personaliti Nu’ayman sangat berbeza dengan para sahabat yang lain, beliau amat gemar berjenaka dan ‘mengusik’ para sahabat yang lain, malahan baginda s.a.w. sendiri turut ‘dikenakannya’. Walaupun kadangkala gurauannya agak keterlaluan, tetapi kerana baginda sudah mengenali keperibadian Nu’ayman, baginda tidak sedikit pun memarahinya, malahan turut ketawa dengan usikan Nu’ayman.
Bukan hadiah percuma
Pada suatu ketika datang satu kabilah
dari luar Madinah yang membawa buah-buahan eksotik dan mahal ke Madinah.
Nu’ayman pun mendapatkan buahan tersebut dan berjanji akan membayarnya
kemudian. Beliau pun terus membawa buahan tersebut kepada Baginda sebagai
hadiah, dan baginda dengan gembiranya terus menikmati buah-buahan itu.
Kemudiannya, datanglah penjual buahan tersebut untuk menuntut hutang daripada
Nu’ayman. Berkatalah Nu’ayman kepada penjual itu, “Aku tidak memakannya,
Rasulullah yang memakannya, jadi mintalah bayaran daripadanya.”
Penjual tersebut terus bertemu dengan
baginda untuk mendapatkan bayarannya. Baginda s.a.w. terkejut dan berkata, “Ia
diberikan kepadaku sebagai hadiah.” Lalu Baginda memanggil Nu’ayman dan
bertanya, “ Ya Nu’ayman, bukankah kamu katakan buahan itu adalah hadiah
daripada mu ?.”
Nu’ayman pun menjelaskan kepada baginda
bahawa beliau mahu baginda menjadi orang pertama yang memakan buah-buahan
tersebut dan merasakan baginda paling layak untuk merasainya, tetapi dia tidak
mempunyai sebarang wang untuk membelinya. Nu’ayman berkata lagi, “jadi ya
Rasulullah !, bayarlah kepada orang itu.” Mendengar kata-kata Nu’ayman, baginda
terus tertawa, dan baginda pun membayarnya.
“Di mana untaku ?!, di mana untaku ?!.”
Pernah terjadi apabila seorang tetamu
Rasulullah s.a.w. datang ke rumah baginda dan mengikat untanya di luar rumah.
Para sahabat yang sudah kenal dengan perangai Nu’ayman yang suka bergurau
memberitahunya ada seekor unta di luar. Apabila melihat unta itu, Nu’ayman
terus menyembelih unta tersebut dan membahagikan dagingnya kepada orang ramai.
Apabila tetamu itu keluar dan
mendapati untanya sudah tiada, dia terus menjerit,”Di mana untaku ?!, di mana
untaku ?!.” Baginda terus bertanya kepada para sahabat tentang kehilangan unta
tersebut, dan para sahabat pun memberitahu bahawa Nu’ayman telah menyembelihnya
dan para sahabat turut memberitahu baginda tempat Nu’ayman bersembunyi.
Nu’ayman yang tahu dirinya bersalah
telah menyembunyikan dirinya di dalam parit dengan menutup dirinya dengan pasir
serta daun. Apabila sampai di tempat persembunyian Nu’ayman, baginda pun
mengangkatnya dan menyapu pasir daripada mukanya sambil ketawa bersama
Nu’ayman.
Rasulullah s.a.w. kemudiannya terus
membayar harga unta tersebut kepada tetamunya dengan harga yang lebih tinggi
daripada harga asalnya, dan baginda pun turut memakan daging unta yang telah
disembelih itu.
“Tidak….!!!, Aku bukannya hamba !!, aku
seorang yang merdeka !!!.”
Dalam suatu peristiwa, Abu Bakar
membawa Nu’ayman berserta seorang sahabat yang lain iaitu Suwaib bin Haramalah
dalam satu perjalanan, dan Suwaib telah ditugaskan Abu Bakar untuk menjaga
makanan. Dalam pengembaraan tersebut, Nu’ayman memberitahu kepada Suwaib bahawa
beliau lapar dan memintanya sedikit makanan. Disebabkan sifat amanah yang
tinggi dalam kalangan sahabat, Suwaib tidak memberikannya makanan sambil beliau
berkata,” sehingga Abu Bakar memberi kebenaran, kamu tidak boleh menyentuh makanan
itu !.”
Nu’ayman yang kecewa dengan jawapan
Suwaib itu terus berlalu pergi kepada sekumpulan orang yang lalu di situ, dan
memberitahu kepada mereka bahawa beliau mempunyai seorang hamba untuk dijual,
“aku mempunyai seorang hamba wang ingin dijual, tetapi dia seorang yang
bijak, seorang Arab, dan akan menyatakan
dia seorang yang merdeka apabila kamu mengambilnya. Apakah kamu mahukannya ?.”
Setelah tawar-menawar, mereka pun
bersetuju membeli Suwaib dengan harga 10 dirham. Semasa mereka menangkap Suwaib,
beliau pun menjerit, “Aku merdeka !, aku bukan hamba !”, tetapi jeritannya
tidak dipedulikan kerana Nu’ayman sudah pun mengingatkan mereka bahawa sahabat
itu akan berkata bergitu. Dalam pada masa yang sama, Nu’ayman hanya melihat
sahaja perlakuan mereka tanpa melakukan apa-apa.
Abu Bakar r.a yang menyedari
kehilangan sahabat yang menjaga makanan itu, terus bertanya kepada mereka yang
berkaitan, dan beliau akhirnya diberitahu tentang perkara yang telah dilakukan
Nu’ayman. Mereka pun pergi kepada kumpulan yang membeli Suwaib untuk menebusnya
kembali dengan bayaran yang sama semasa kumpulan tadi membeli sahabat yang
telah ‘dikenakan’ Nu’ayman itu.
Apabila rombongan tersebut pulang dan
memberitahu peristiwa itu kepada Rasulullah s.a.w, baginda pun turut tertawa
mendengarkan cerita tersebut. Diriwayatkan juga, baginda dan para sahabat akan
ketawa sepanjang tahun itu apabila terkenangkan peristiwa tersebut.
Mengenakan orang buta
Pada zaman Uthman r.a pula,
diceritakan pada suatu hari, seorang lelaki buta ingin membuang air kecil.
Nu’ayman yang kebetulan berada di situ terus menawarkan diri untuk membantu
lelaki buta itu untuk melepaskan hajatnya di tempat yang bersesuaian. Akan
tetapi, lelaki buta itu tidak menyedari bahawa beliau bersama Nu’ayman yang suka
mengenakan orang itu. Lelaki buta tersebut dibawa Nu’ayman ke suatu sudut di
dalam masjid untuk lelaki itu membuang air kecilnya.
Orang ramai yang melihat lelaki buta
itu hendak membuang air kecil di dalam masjid segera menghentikannya. Lelaki
buta yang menyedari dirinya dipermainkan berkata, “Siapakah yang membawaku ke
sini ?”. Maka, terdapat orang yang mengesyaki Nu’ayman yang melakukan perbuatan
tersebut memberitahu,” Ini mesti perbuatan Nu’ayman.” Lelaki buta itu pun terus
berkata,”Bawaku kepada Nu’ayman !.”
Nu’ayman yang menyedari lelaki buta
itu mencarinya kembali kepada lelaki buta itu dan menukarkan suaranya, serta
bertanya,”Adakah kamu mencari Nu’ayman ?” “Ya !...” kata lelaki buta itu.
Nu’ayman pun memegang tangan lelaki
buta itu dan membawanya kepada Khalifah Uthman. Tanpa banyak soal, lelaki buta
itu terus menerkam Khalifah Uthman yang disangkanya sebagai Nu’ayman. Orang
lain yang berada di situ terus menarik Khalifah Uthman daripada dicederakan
lelaki buta itu. Akhirnya apabila diberitahu perkara sebenar, Khalifah Uthman
pun ketawa, sedangkan Nu’ayman ketika itu sudah pun melarikan dirinya.
Kerana fitnah
Namun, kenakalan dan usikan Nu’ayman
tidak lagi dapat dilihat dan didengar pada zaman Khalifah Ali, kerana dikatakan
timbulnya fitnah pada zaman tersebut sehingga Nu’ayman tidak lagi ketawa dan
berjenaka.
Kemunculan personaliti seperti Nu’ayman
perlu dilihat dari sudut yang positif walaupun kadangkala jenakanya agak
keterlaluan. Peristiwa-peristiwa yang terjadi tersebut menunjukkan bahawa
Rasulullah s.a.w dan para sahabat juga turut berjenaka, ketawa, dan berseronok
selagi perkara tersebut tidak melanggar syariat Islam.
kerana fitnah? boleh ceritakan lagi pasal fitnah tu? cerita ini menarik la.
BalasPadam:-)
PadamBila dia kena fitnah, sebab saya tidak tau pula yang dia kena fitnah
BalasPadamCasinotop.io Casino Site Review & Ratings 2021
BalasPadamCasinotop.io casino site is a reliable, safe, secure and secure online casino that accepts players from 카지노사이트luckclub around the world. It is powered by a