Isnin, 7 Januari 2013

Adakah Nabi minum kopi ?.



Masyarakat kita cukup sinonim dengan kopi. Ada yang mengatakan kopi adalah minuman sunnah, namun tidak dinafikan dari sudut kesihatan kopi mempunyai kelebihan. Tetapi, adakah kopi ialah minuman sunnah seperti yang diperkatakan sesetengah orang. Setakat saya tahu, tiada satu hadis sahih pun yang menunjukkan Rasulullah pernah meminum kopi. Walau bagaimanapun, terdapat banyak jenama produk minuman atau makanan mengunakan label ''minuman sunnah'' yang boleh didapati dalam pasaran

Namun, agak pelik jika dikatakan sesetengah orang bahawa Rasulullah pernah meminum kopi kerana mengikut sejarah kopi hanya mula ditemui pada abad ke-9, iaitu 200 tahun selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Saya di sini bukan nak mengutuk tapi berdosa hukumnya berbohong atas nama Rasulullah. Seperti hadis nabi yang bermaksud :

"Barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaknya ia mengambil (bersiap) tempatnya di neraka” (Shahih Bukhari)

Walaupun di sini tidak menunjukkan kopi haram diminum tapi haram berbohong menggunakan nama Rasulullah untuk melariskan jualan. Ada sesetengah masyarakat menganggap kopi sekarang tak sama ketika kopi zaman Rasulullah. Mereka menyatakan kopi zaman Rasulullah adalah kopi habbatus sauda. Tetapi tahukah anda apakah ia habbatus sauda ?. Habbatus ialah sejenis jintan hitam dan bukannya kopi.

Saya tidaklah menyatakan bahawa kita tidak boleh mencampurkan kopi dan habbatus sauda kerana mungkin ianya boleh menjadi minuman yang berkhasit, tetapi ulasan ini hanyalah ditujukan kepada sesetengah pihak yang mungkin tersalah faham bahawa nabi meminum kopi dan juga kepada mereka yang menganggap bahawa habbatus sauda ialah sejenis kopi.

Tidak dinafikan, kopi juga mempunyai banyak kelebihannya, tetapi janganlah kita mengambil kesempatan atas kejahilan masyarakat untuk melariskan produk jualan dan menggunakan nama Rasulullah untuk kepentingan diri sendiri sedangkan perkara tersebut tiada usul padanya sama sekali. Wallahualam.

9 ulasan:

  1. terima kasih di atas persoalan ini. saya juga sedang mencari hadis sahih berkenaan nabi suka minum kopi ni. sebelum tulis entry untuk blog.

    BalasPadam
  2. Kopi yg dimaksudkn menjadi sunnah rasulullah ialah habatussauda...blh lihat di youtube ceramah ustaz Azhar Idrus...maaf atas kesilapan sy..wallahua'lam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Habbatussauda bukan kopi..tapi terima kasih atas perkongsian.

      Padam
  3. Habbatussauda bukan kopi

    BalasPadam
  4. terima kasih atas perkongsian ilmu ini.

    BalasPadam
  5. Kopi di negara bukannya kopi. Kopi tu adalah bahasa inggeris yang dipinjam dari bahasa Arab. Bermakna perkataan kopi dalam bahasa bukannya kopi tapi benda lain

    BalasPadam
  6. Kopi warna hitam, tapi tak semua hitam adalah kopi

    BalasPadam